JAKARTA – Sebuah masjid di Magetan, wilayah Jawa Timur menganjurkan solat sunat tarawih dipercayai paling lama di Indonesia yang berlangsung selama lapan jam, lapor laman berita Suara kelmarin. Jemaah Masjid Agung Al-Fatah yang terletak di kompleks sekolah pondok Al Fatah menunaikan solat tarawih dengan menghabiskan kesemua 30 juzuk dalam satu malam. Menurut laporan, setiap kali bulan Ramadan tiba, Masjid Al-Fatah melakukan rutin itu. Solat tarawih tersebut bermula dari pukul 7 malam (waktu tempatan) dan berakhir sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan). Jumlah rakaat yang dilakukan adalah 20 rakaat dengan tiga rakaat solat sunat witir. Jemaah masjid tersebut terdiri daripada penghafal al-Quran dari pelbagai sekolah pondok dan tahfiz selain turut diikuti oleh orang ramai. Namun, disebabkan tempoh masanya yang lama, tidak ramai penduduk setempat dikatakan mengikuti solat tarawih di situ. – AGENSI
|
krustykrab replied at 21-3-2024 10:28 PM
Indog ni kalau malas, malas betul.
Kalau rajin, mengalahkan ereb.
nikaido replied at 21-3-2024 10:45 PM
bila masa arab rajin?
Namun, disebabkan tempoh masanya yang lama, tidak ramai penduduk setempat dikatakan mengikuti solat tarawih di situ. – AGENSI
krustykrab replied at 21-3-2024 11:05 PM
Ereb tak rajin ek?
Saja letak ereb, tak tau nk compare dgn sapa
ultra78 replied at 22-3-2024 07:23 AM
Yang solat situ pelajar pondok dan orang yang tak kerja di siang hari. Belah siang diaorang tidur. : ...
kotakbaju replied at 21-3-2024 05:33 PM
Itu la tertanya jugak kalau yang bekerja waktu siang macam mana ye, tak hairan kalau tak ramai nak ...
supernaturalee replied at 22-3-2024 10:28 AM
1 juz 1 malam pun dh rasa panjang sgt dah
ini kan the whole holy quran
ADVERTISEMENT