Sedia maklum, umat Islam pasti sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Bahkan, ada yang sudah pun memilih warna dan membeli baju raya hari pertama untuk dipakai bersama-sama keluarga tercinta. Warna brick orange merupakan warna baju raya yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini tetapi ada pula dakwaan mengatakan warna berkenaan haram untuk dipakai? Menjelaskan dakwaan tersebut, Pencetus Umah (PU) Amir tampil memberi penjelasan mengenai hal itu ketika dihubungi stesen radio Era FM. "Ada sebab kenapa pakai ianya haram sebab dahulu, pakaian berwarna warna seperti jingga, merah dan terang ini diperbuat dan dicelup menggunakan safron. Warna itu lazimnya adalah warna dan perhiasan wanita."
Bukan itu saja, malah hukum memakai baju terang turut dikatakan harus kerana warna itu sudah tidak lagi dianggap sebagai warna yang menyerupai wanita. Tambahannya lagi, Nabi Muhammad SAW turut pernah memakai baju berwarna merah ketika riwayatnya suatu masa dahulu. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
sharlenetexas replied at 21-3-2024 10:46 PM
Ingatkan sebab mcm warna oren tokcha.
bulalof replied at 22-3-2024 07:10 AM
Umat Islam sepatutnya jika ada kekusutan tanya pada ahli agama, bukan acah2 ustaz yg berdakwah utk p ...
Firenzza replied at 22-3-2024 06:31 AM
Nabi tak pakai x semestinya jatuh hukum haram. Masa zaman nabi xde hp x kan skrg pakai hp jatuh hara ...
AreYou.69 replied at 22-3-2024 04:46 AM
Diamla Amin...masa ko kt mekah xtegur sajat lgsg...ni sebuk nk bg pdpt psl kaler..xtny dia pun xpe k ...
ADVERTISEMENT