Gara-gara dilamar ustaz menjadi isteri kedua menjadi punca seorang wanita ‘serik’ untuk menunaikan solat tarawih di masjid. Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Sasa. Menerusi perkongsian tersebut, Sasa memberitahu bahawa dia kerap ke masjid di Indonesia untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan. Namun dia tidak menyangka bahawa kehadirannya di masjid itu membuatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Zakir jatuh hati kepadanya. Malah, ustaz terbabit yang berstatus suami orang itu nekad mengirimkan surat lamaran kepada Sasa melalui orang ketiga. Dalam surat tersebut, ustaz Zakir meluahkan hasrat di hati untuk melamar Sasa menjadi isteri keduanya.
"Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam dan memperlakukan isteri dengan adil." Sasa akui merasa takut dan kurang selesa selepas membaca kandungan surat tersebut. Perkara itu juga membuatkan Sasa serik untuk menunaikan solat di masjid berkenaan. Sumber: Rushkisses_/OhBulan |
Yoonggi replied at 22-3-2024 01:40 PM
byk lg masjid lain, xyah la p masjid tu. tp klu anak dara, kan lebih elok solat teraweh di rmh kan? ...
manehnya replied at 22-3-2024 02:54 PM
mak aku p pgi sampai mlm , x dak plak nk lamar...
btw setaz tu mmg suka ushar eh.. org sibok semay ...
kotakbaju replied at 22-3-2024 03:02 PM
Basa-basi tu hape pulak
hyie replied at 22-3-2024 07:22 PM
Apakah perkataan yang betul. berbasi-basi atau berbasa-basi. Dan apakah beza makna kedua-dua perk ...
ADVERTISEMENT