CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira Salam Datuk Red Minta Berkat Sebelum Ke Umrah, Netizen Doa Tak Jadi Berpisah – ‘Harap Jumpa Jawapan Di Makkah’

17-4-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10117| Komen: 3


Sepotong video memperlihatkan penyanyi Adira Suhaimi bersalaman dengan suaminya, Datuk Red sebelum berangkat ke Umrah telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Menerusi perkongsian di TikTok Datuk Red, Adira yang mengenakan jubah berona merah sedang bersalaman dengan suaminya di dalam kereta.

Penyanyi itu juga dilihat mengucapkan sesuatu ketika sedang bersalaman dipercayai meminta doa dan berkat daripada suaminya agar urusannya di Tanah Suci dipermudahkan.

Seperti dijangka, video berdurasi 0.30 saat itu telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Rata-rata yang singgah ke ruangan balas berasa sebak melihat momen tersebut selain mendoakan mereka kembali bersatu semula dan tidak meneruskan proses perceraian yang sebelum ini difailkan oleh Adira.

"Saya doakan Datuk Red serta isteri-isterinya tidak bercerai. Sayang pada perhubungan keluarga dan semoga kekal harmoni."


"Semoga Adira jumpa jawapan di sana (Makkah) dan kekal jodoh berpanjangan.

"Sedih pula tengok Adira salam Datuk Red, insya-Allah hubungan mereka kekal."

Terdahulu, Adira menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia akan mengerjakan ibadah Umrah dan meminta orang ramai mendoakannya.

Sebelum ini, Adira nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red dengan alasan tiada persefahaman.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.


Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-4-2024 10:44 AM
Aik tak jadi berpisah sbb scammer tengah hot dan masyuk skrg ni? ekekek
Wife pertama senyum sinis samblil flip tudung
Quote Myhappyending 17-4-2024 03:17 PM
Menunggang la dua ketul ni menyampah betul
Netizen ponn cepat betul simpati
Quote I.K.A888990 17-4-2024 04:40 PM
menyampahnya "scammer baik" ni & bini2 dia sekali
mmg menonggeng habis la
tak paham aku

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.115810 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top