Aktres dan isteri kepada penyampai radio, Johan iaitu Ozlynn mendedahkan tentang keperibadian suaminya yang tidak diketahui ramai. Menerusi temu bual bersama Nona, Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail berkata, Johan memiliki sikap yang berbeza ketika berada di rumah bersama keluarga. "Saya orangnya tak romantik, saya very outspoken and loud. Johan pula dia tak sama macam orang nampak di luar, dia sebenarnya seorang yang pendiam dan tak banyak cakap." "Maknanya dia hanya bercakap bila perlu. Dia boleh duduk hadap telefon, dengar ceramah atau tengok program yang dia suka." "Dia adalah manusia yang tak suka keluar rumah." Menurut aktres berusia 43 tahun itu, Johan juga sering mengingatkannya untuk menghindari daripada bergosip tentang isu-isu yang berlaku dan mengambil iktibar daripada perkara tersebut.
"Dia cakap apa yang jadi dekat keluarga orang, kita doakan yang terbaik untuk mereka. Dalam masa yang sama, kita ambil pengajaran dan tauladan untuk keluarga kita. Sebab takut bila kita bercakap tentang orang, Allah bolak balikkan hati kita, kita pula diuji benda yang sama." "Dia susah nak benci orang, susah nak marah orang tapi kalau dia marah maksudnya perkara itu memang bermasalah." Sebagai isteri, Ozlynn juga membantu Johan dalam menguruskan rumah tangga berikutan pelawak itu datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. "Johan ada dua adik beradik, dia dibesarkan oleh ibu tunggal." "Mungkin banyak benda yang dia tak pandai nak buat sendiri, saya pula ayah seorang anggota yang memang buat kerja semuanya sendiri." "Jadi saya latih Johan daripada awal perkahwinan lagi untuk buat sama-sama." Sementara itu, pelakon filem Abang Long Fadhil 3 ini berkata, dia dan suami tidak menghalang anak-anak mereka dalam memilih karier masing-masing. Bagaimanapun, dia dan Johan tidak menggalakkan mereka untuk menceburi bidang hiburan. "Dia kata tak ada paksaan tapi sebolehnya elakkan. Sebab industri ni pancaroba banyak sangat. Bukanlah industri ini tak boleh berjaya, kalau jaga diri insya-Allah boleh. "Sebab tak semua orang boleh hadap, nak hadap netizen dan media sosial. Kalau tanya kami, kami lebih suka anak-anak jadi orang biasa. Sebaiknya jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain." Untuk info, sepanjang perkahwinan Ozlyn dan Johan memiliki enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq. Sumber: TikTok Nona/OhBulan |
Carcosa replied at 29-5-2024 08:28 PM
Ya Allah.. Punya lah lama meols tak melanggan Astenuk, tak tau pun diorang dah ada anak 6.
Meols las ...
miss_perfect replied at 29-5-2024 08:41 PM
Seriously dah 21 tahun kahwin? Ni mesti dia masukkan sekali yg 'Johan pernah mengaku diorang dah men ...
heythere123 replied at 29-5-2024 08:52 PM
hei jangan dilupakan kemain up anak terpaling soleh sekali keluar video si anak mesra2 dengan girl ...
Carcosa replied at 29-5-2024 09:38 PM
Ye ke chuols??
Padan muka dia.. Nih, dia tak seram ek letak nama anak2 girl dia mcm tu? Mmglah kit ...
Carcosa replied at 29-5-2024 08:28 PM
Ya Allah.. Punya lah lama meols tak melanggan Astenuk, tak tau pun diorang dah ada anak 6.
Meols las ...
ADVERTISEMENT