Oleh : Dean BZ Penyakit adalah suatu keadaan dimana terdapat gangguan terhadap bentuk dan fungsi tubuh sehingga berada dalam keadaan tidak normal. Terapat pelbagai jenis penyakit didunia ini dan berpunca dari pelbagai sebab yang hingga boleh membawa maut.
Disini penulis senaraikan 9 jenis penyakit yang pelik dan mungkin anda jarang dengar : 1. Progeria Penyakit dimana seseorang tu akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem.
2. Tree Bark Skin Disorder Juga dikenali sebagai 'Epidermodysplasia Verruciformis'. Berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang tersebar di luar kawalan. Kes paling popular adalah kes Dede Koswara, warga Indonesia yang digelar 'Tree Men'. 3. Porphyria - The Vampire Disease. Berpunca daripada komplikasi neurologi atau masalah kulit (atau kedua-dua nya sekali) 4. Werewolf Syndrome. Dikenali sebagai 'Hypertrichosis' atau Ambras Syndrome. Berpunca daripada mutasi genetik dan boleh terjadi sejak lahir atau selepas dari itu. 5. Neurofibromatosis Berpunca daripada warisan genetik di mana tisu saraf tumbuh menjadi tumor yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius disebabkan pemampatan saraf dan tisu-tisu lain. 6. Elephantiasis. Berpunca daripada penyakit atau podoconiosis yang menyebabkan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki. 7. Necrotising Fascilitis Dikenali sebagai flesh-eating disease (bakteria pemakan daging). Merupakan penyakit yang jarang berlaku pada lapisan kulit dan tisu, mudah merebak pada kulit muka dan tisu-tisu bahagian badan yang lain. 8. Fibrodisplasia Ossificanns Progressiva. Berpunca daripada penyakit genetik yang menyerang tisu penghubung. Dalam banyak kes, kecederaan boleh menyebabkan sendi menjadi kekal seperti itu. Pemulihan hanya boleh dilakukan dengan menjalani pembedahan tulang belakang. 9. Lamrey Disease. Berpunca daripada jangkitan parasit yang tinggal di dalam air dan sering ditemui pada ikan. Melihat pesakit-pesakit ini diharap timbul rasa bersyukur kerana kita masih sihat walafiat. Ingatlah, kesihatan sangat penting dan perlu dijaga secara berterusan. Mencegah lebih baik dari mengubat! - CARI Infonet. |
19
Bagus |
19
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
20
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fire_place replied at 25-3-2016 07:49 PM
Euww...tgk gambo akhir kecut isi perut geli
ipes2 replied at 29-3-2016 05:08 AM
Eh org dah kata sakit tu tak wujud..pics no 9 tu superimposed je..photoshopped
ADVERTISEMENT