CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bella Gembira, Tak Nampak Tertekan Langsung” – Didi Astillah

17-6-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12397| Komen: 146


Penyanyi Didi Astillah meluahkan rasa syukur kemelut rumah tangga Bella Astillah telah pun selesai dan akan sentiasa menyokong kakaknya untuk terus bangkit.

Memetik HibGlam, Didi berkata kakaknya tenang menghadapi dugaan serta berkongsikan keadaan Bella dilihat gembira dan tidak tertekan langsung.

“Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan kepada Bella supaya bangkit selepas ini

“Jangan putus doakan Bella, insya-Allah dia kuat mengharungi semua ini. Dia gembira sahaja dan nampak tidak tertekan langsung. Semalam kami makan sedap-sedap dekat Jakarta,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan kedua-dua anak saudaranya, Ayden dan Ara, Didi berkata mereka gembira menjalani kehidupan seperti biasa.

Dalam pada itu, apabila ditanya hubungan dengan bekas abang iparnya Aliff Aziz selepas ini, Didi berkata dia enggan mengulas mengenai perkara itu.


“Saya tak mahu ulas perkara itu, tapi buat masa sekarang tidak. Masa akan datang tidak tahu. Apa yang penting saya nak move on daripada semua ini,” katanya.

Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu pada Khamis lalu.

SUMBER: HibGlam/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AWEKSAMURAI 16-6-2024 07:42 PM
Aliff pun nampak ceria n gembira n x nampak tertekan pun..siap open table makan besar bersama keluarga lagi raikan dia kembali duda .
Quote Maksinga78 16-6-2024 08:11 PM
Jgn return lg
Quote sukacactus 16-6-2024 08:33 PM
Masing2 nampak lega ya
Apala yg dipertahankan sgt dulu tu ntah
Quote AWEKSAMURAI 16-6-2024 08:38 PM
sukacactus replied at 16-6-2024 08:33 PM
Masing2 nampak lega ya
Apala yg dipertahankan sgt dulu tu ntah

Buang masa je kalau dari dlu x get back kan bagus entah2 dia pun dh dpt laki yg bagus n baik
Quote dedek12 16-6-2024 08:43 PM
Tahniah dah move on. Moga bahagia la
Quote doubleA 16-6-2024 08:54 PM
Begitulah dalam edah dah celebrate sana sinun betapa toxic nya perkahwinan deme. Andai kata rujuk balik memang fake semuanya
Quote kawahapi 16-6-2024 09:44 PM
Bagus lah, tapi adik dia dah boleh diam kot?
Mencapub tak sudah sudah.
Quote tidak_kelihatan 16-6-2024 11:00 PM
kawahapi replied at 16-6-2024 09:44 PM
Bagus lah, tapi adik dia dah boleh diam kot?
Mencapub tak sudah sudah.

penempel mmg begitu kot
Quote matjerk 16-6-2024 11:05 PM
kawahapi replied at 16-6-2024 01:44 PM
Bagus lah, tapi adik dia dah boleh diam kot?
Mencapub tak sudah sudah.

Adik, mak, pak ni mmg duduk serumah ke.. masa alep n bella masih berkahwin?
Quote sukacactus 16-6-2024 11:10 PM
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 08:38 PM
Buang masa je kalau dari dlu x get back kan bagus entah2 dia pun dh dpt laki yg bagus n baik

Khennnn…
Quote AWEKSAMURAI 16-6-2024 11:33 PM
matjerk replied at 16-6-2024 11:05 PM
Adik, mak, pak ni mmg duduk serumah ke.. masa alep n bella masih berkahwin?

Yang aku dengar citer mcm tu lah sejak kwen mmg duduk dgn mak bapak semua sekali sepupu sepapat..aku rasa mmg culture dorang sbb ramai gak kwn sabah sarawak aku mcm ni dok semenanjung sepupu sepapat sume sekali. Aku rasa bella jenis x reti buat keje umah sume mak dia buat..jadi dh kwen dia duduk dgn mak dia senang lah especially dh beranak . Masak mak buat..basuh baju mak..jaga ank sume mak. Ada je org gini xnk dok asing sbb susah.
Quote missHaidiD 17-6-2024 12:02 AM
Aku perati adik dia suka naw mencapub.   Tak rimas pulak acikF dgn adik bella ni.  

Ke AcikF cayang adik dia yg lorat  naw ni
Quote Momohizan 17-6-2024 12:13 AM
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 08:38 PM
Buang masa je kalau dari dlu x get back kan bagus entah2 dia pun dh dpt laki yg bagus n baik

Agak susah orang yang suka bad boy ni...biarpun 10 lelaki bagus beratur nakkan dia, dia nak jugak jantan tak semenggah.
Quote makbudak 17-6-2024 12:27 AM
Apa yang dia pandang dgn anak mak tu pun tatau la....
Quote AWEKSAMURAI 17-6-2024 12:34 AM
Momohizan replied at 17-6-2024 12:13 AM
Agak susah orang yang suka bad boy ni...biarpun 10 lelaki bagus beratur nakkan dia, dia nak jugak  ...

Lepas dia pun x reti nk jinak kan bad boy then bila laki buat hal dia yg meroyan teruk
Quote Momohizan 17-6-2024 12:37 AM
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 11:33 PM
Yang aku dengar citer mcm tu lah sejak kwen mmg duduk dgn mak bapak semua sekali sepupu sepapat..a ...

Kalau I...rimas. ahahaha even rumah bungalow 8 bilik. Baikla tinggal condo 2 bilik sendiri. Macam2 peel kalau ramai2 ni
Quote matjerk 17-6-2024 12:40 AM
Edited by matjerk at 16-6-2024 04:41 PM
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 03:33 PM
Yang aku dengar citer mcm tu lah sejak kwen mmg duduk dgn mak bapak semua sekali sepupu sepapat..a ...


Cemana erk org yg dah kawen suka duduk ramai2 sebumbung ni.....
Klu korang gaduh laki bini.... cemana nak hadap side in laws yg ada dlm rumah tu sekali. Tak awkward ke? Nak discuss2 dgn pasangan.. dlm bilik je lah... sbb kat ruang lain takut in laws dgr...
Pastu, klu family partner korang nak dtg nak jumpa anak cucu... kena bertembung dgn in laws yg ada di situ sekali..
Patut la family alep selalu check in hotel klu dtg nak jumpa cucu.... n patut la.alep. asik dok bertunggu tangga kat pavillion suite... rumah kelamin sendiri ramai sgt... hahahahahahahahahahaha (gelak gaya shuringai)
Quote AWEKSAMURAI 17-6-2024 12:53 AM
Momohizan replied at 17-6-2024 12:37 AM
Kalau I...rimas. ahahaha even rumah bungalow 8 bilik. Baikla tinggal condo 2 bilik sendiri. Macam2 ...

So ko faham lah kan kenapa alif sentiasa cari hiburan di luar .. masa zaman bella x de job n jd celebrity sapa yg sara umah tu.? Mmg beli kete nama bella sbb kat Malaysia tapi duit sape ye?
Quote AWEKSAMURAI 17-6-2024 12:55 AM
matjerk replied at 17-6-2024 12:40 AM
Cemana erk org yg dah kawen suka duduk ramai2 sebumbung ni.....
Klu korang gaduh laki bini.... cem ...

Yang ni benakian bella x faham n x salah kan bella..sbb tu kemana pun berekoq ja suku sakat bella ..adik2 laki dia tu entah keje ke entah tdk pun xtau didie tu pun entah keje ke z pramugari tu tgok asyik mengekor je kakak dia .

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.117791 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top