CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri 18 tahun tidak pernah masak untuk suami

18-6-2024 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5320| Komen: 30


JAKARTA –  Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi kisah hidupnya yang berkahwin pada usia 18 tahun dan tidak pernah memasak untuk suami, lapor portal berita Okezone.

Menurut hantaran yang dikongsikan di platform TikTok, wanita menggunakan akaun @queenbctt itu berkata, dia tidak menyesal berkahwin pada usia muda kerana suaminya tidak pernah memintanya untuk memasak.

Ujarnya, disebabkan sikap suaminya, dia tidak pernah belajar memasak dan mereka berdua lebih memilih untuk makan di luar.


“Jarang sekali suami menyuruh saya masak. Sebenarnya, saya tidak pernah memasak dan tidak pandai memasak. Jadi, kami sering makan di luar sampai sekarang,” katanya.


Tambah wanita tersebut, selain memasak, dia juga jarang mencuci pakaian kerana mempunyai pembantu rumah.

Selain itu, menurut wanita berkenaan,  suaminya juga lebih gemar membasuh pakaian sendiri.

Video perkongsian tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Bagaimana cara untuk mendapatkan suami yang penyabar ya?” soal seorang netizen.

“Penyabar betul suami awak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 18-6-2024 01:40 PM
Masa tengah wangi, semua pon ok. Bila nak berantakan nanti ungkit la x pernah masak, x pernah basuh baju, x pernah kemas
Quote shida81 18-6-2024 02:09 PM
Harap ko ada nyimpan reta dik.. Sok laki ko da x nk.. Ko boleh blah ngn reta2 ko...
Quote krustykrab 18-6-2024 02:11 PM
Kalau content bangga diri kat media sosial mcm ni tk payah percaya sgt. Lebih ramai yg membongak je
Quote noor2 18-6-2024 02:11 PM
Jangan esok2 keluar berita ko kat CI kena bakar sudah...konoha biasa mcm ni..
Quote Supersirap 18-6-2024 02:26 PM
masing-masing punya kehidupan, bersyukur dengan apa yang ada
Quote Ytee 18-6-2024 02:30 PM
Edited by Ytee at 18-6-2024 02:32 PM

oooh ye ke
Quote Ytee 18-6-2024 02:31 PM
betul ke? untuk content je kot
Quote Zeatyisaac 18-6-2024 03:11 PM
My friend, dah 25tahun kahwin, husband dia yang masak. Siap masak bekal untuk isteri dan anak2 lagi. Kain baju, semua suami dia yang buat. Tapi, jangan komplen kalau pergi rumah dia, macam kapal pecah. Suami dia akan mengemas bila mood mengemas datang. Tak masak, tak cuci pakaikan, okaylah. Tapi Bab mengemas, tolonglah suami tu mengemas. By the way, suami isteri bekerja.
Quote afie_m 18-6-2024 03:25 PM
lantak hang lah..
Quote CoffeeOverdose 18-6-2024 03:33 PM
dlm Islam pun tugas ko cuma layan laki jer kan? bersyukur la dik dan jagala laki tu elok2 sbb laki yg ikut perintah nabi ni sgtla rare. betul la tu, masak, kemas rumah, cuci baju tu tugas laki ko.
Quote Jitu 18-6-2024 04:03 PM
baca blh percaya jgn

Quote yoppoy 18-6-2024 06:36 PM
Mmmh ye la jap lagi service pun laki cari kat luar please share buat content lagi yukk
Quote plywood 18-6-2024 06:41 PM
azimodin replied at 18-6-2024 01:40 PM
Masa tengah wangi, semua pon ok. Bila nak berantakan nanti ungkit la x pernah masak, x pernah basuh  ...



.. contohnya bila dah ada 3 orang anak maka ada kemungkinan cinta akan berubah kepada orang lain

harap mereka dpt memperbetulkan keadaan sebelum  penyondol datang


Quote TeropongThaico 18-6-2024 07:22 PM
Iya le tu
Quote dua_chzy 18-6-2024 08:29 PM
Ndon banyak tempat makan mur2. Hokeh la.
Quote mojarean_X 18-6-2024 09:45 PM
Ntahlah dekk as long korang happy
Quote rosmahisham 18-6-2024 11:48 PM
Edited by rosmahisham at 18-6-2024 11:51 PM

Mkn luar tu kotor dek,tukang masak korek idung,garu kepala,jolok telinga kita x npk..belum berpeluh2 lagi..best tau masak sendiri..beli mhl2 pon kdg2 x sdp.x yah malu masak..dulu aku pon geli n acah2 x classy klu nk masak.. disebabkan aku ni jenih byk komplen aku belajar masak..org puji sdp lg sonok nk msk mcm2! Skrg ni doktor,engineer,lawyer,lecturer semua masak dek..siap open order jual dessert.ko suri rmh x nak masak dh kenapaaaa?ketinggalan jauhh ko ni. Kitorg siap package boleh buat cake n beraneka dessert lg,sonok tgh hasil air tgn sendiri..buffet table meriahh!
Quote copy_paste 19-6-2024 09:18 AM
selagi ada rupa dan skil skali tu selamat
Quote misc 19-6-2024 09:27 AM
Aku rasa ni indon level lain ni. Muda lagi dah ada pembantu rumah.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.195234 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top