Oleh : Dean BZ Tujuan artikel ini bukanlah hendak menunding jari semata-semata kepada kaum ibu. Tetapi jika mungkin ada kebetulan dengan cerita dibawah, harap anda dapat merenung dan perbetulkan kembali apa yang patut.
Mari kita baca cerita pendek yang dipetik dari Warga Prihatin : Seorang ‘banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara yang bertugas untuk menyerahkan surat yang ditulisnya kepada ibu kandungnya.
Surat itu berbunyi… Ibu, sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani. INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah. INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakan wang tersebut. INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah. IBU… KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak. KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan). TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU…. Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!. Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA. Dari anakmu, (Seorang Banduan Hukuman Mati) Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua terutamanya kaum ibu. Janganlah terlalu memanjakan anak, didiklah sejak dari kecil tentang perkara baik dan tidak baik. Apapun, tanggungjawab mendidik anak-anak terletak pada kedua ibubapa. - CARI Infonet. |
11
Bagus |
27
Marah |
9
Terkejut |
21
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
comel91: dah ayah ko mane?? wah senang2 ko salahkan ibu kau.. bapak kau klo tegas skit xde la ibu kau bangang mcm ni.. jangan salahkan ibu je.. asas keluargaa  ...
kluangman replied at 18-12-2015 02:41 PM
Kan dia dah cakap kat situ, Emak terlalu bela anak sampaikan tak bagi bapak marah anaknya yang m ...
tipuware replied at 18-12-2015 02:44 PM
Tipikal bapak xnak hadapi masalah, lari cari betina lain utk bt anak
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah.
chinta89 replied at 20-12-2015 02:09 AM
kenapa salahkan ibu je?
walhal ayah pun sama2 perlu mendidik.
krustykrab replied at 18-12-2015 12:16 PM
knp nak salahkan ibu pulak, bila ko dah akil baligh dah boleh pikir baik buruk, ko tentukan la jalan ...
adelea replied at 20-12-2015 11:11 AM
Bukan ker dia mention yg ayah dan ibunya bercerai sbbnak.lindungu kesalahan anak nya ...
Diseb ...
ADVERTISEMENT