CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudah 18 hari hilang... mana Fiffy Arnatasya?

15-7-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30787| Komen: 48


KUALA PILAH: Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah, kira-kira jam 1 pagi 28 Jun lalu.

Beliau berkata, remaja itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh, pada 27 Jun lalu.

"Berdasarkan hasil siasatan awal, kehilangan itu adalah kali kedua berlaku tetapi pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat menemui dan membawanya pulang ke rumah.

"Kali ini, remaja itu tidak pulang ke rumah hingga hari ini. Difahamkan, dia juga tidak bersekolah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter dan berat sekitar 45 kilogram, selain berambut warna separuh perang, lurus serta panjang separas bahu.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menerusi talian 06-484 2222. – BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 15-7-2024 11:03 PM
Autism ke adik ni
Dah biasa lari dr umh

Quote sharlenetexas 15-7-2024 11:21 PM
Pesen2 qistina raisah. Umur pun sebaya.


Quote BungaSuri 16-7-2024 09:40 AM
lawa budaknya. moga baik-baik sahaja dik
Quote lilacomot 16-7-2024 09:49 AM
comel adik ni...tp kali kedua ek lari umh...mesti sonok dok umh member ni..lame nau ilang nye
Quote supernaturalee 16-7-2024 09:55 AM
klu baya2 gini klu x ikut kawan, bf


tak mcm umur 20 ke atas
mostly mmg end up tragic klu hilang berhari2

pape pun moga xde ape2 yg buruk berlaku


just get ur ass home gurl

Quote matchstick 16-7-2024 10:08 AM
Umur 16 dh tak sekolah..mmg hobi lari dr rumah ye dek
Quote chinta89 16-7-2024 10:16 AM
yg ni x boleh husnuzon sb dh penah hilang dari rmh b4....
Quote mizruncing 16-7-2024 10:22 AM
birah ke kau dik? btw tak nmpak plak posting pasal budak ni kat mana2
Quote Firenzza 16-7-2024 10:34 AM
Boleh x tukar prosedur 24 jam hilang baru buat report? Skrg ni x sampai 5 jam hilang pun ada yg dh lepas ke siam x pun dh kena bunuh
Quote B40tastePosh 16-7-2024 10:41 AM
Pandai acik forum jadi detective.
Quote IzzahF 16-7-2024 10:52 AM
dah penah hilang? ermmmm
Quote asma87 16-7-2024 10:53 AM
Ke umah dia ada bapak tiri...rumah dia ada pedo...
Quote Mary_jane 16-7-2024 10:57 AM
Seronok dok rumah orang ke dek? Jangan macam kes dulu tu, lari dari pak tiri jenis haruan & mak pun tak lindung anak.
Quote prettyuglybabe 16-7-2024 11:24 AM
kalau anak pun tak sekolah, faham-faham je la keluarga jenis macam mana..
Quote copy_paste 16-7-2024 11:29 AM
cantik budaknye,kalau x lari ikut bf takut kena culik
Quote bulalof 16-7-2024 01:22 PM
muda lagi dah tak sekolah.
Quote vanillaninja 16-7-2024 01:28 PM
Comel budaknya. Walaupun I tak berapa nak husnuzon, I harap dijumpai dengan selamat je la budak ni.
Quote syamzana 16-7-2024 01:32 PM
comel2 camni buat peel plak. ape la yg tak best sgt dok rumah tu. main lari2 plak.
acik hati hitam berkeladak utk kes anak ni tp malas nak tulis cuma hrp balik la cepat2 ke rumah.
Quote I.K.A888990 16-7-2024 01:57 PM
semoga selamat dijumpai
agak2 knp dia tak bersekolah eh
semakin byk pulak kes hilang kes org mati jatuh bangunan skrg ni

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.161046 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top