CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Copa America 2024: Argentina kekal pertahan kejuaraan

16-7-2024 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23567| Komen: 1


FLORIDA – Argentina menyempurnakan misi mempertahankan gelaran Copa America apabila muncul juara buat kali ke-16 selepas membenam cabaran Colombia di perlawanan akhir menerusi kemenangan 2-0 semalam.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hard Rock itu, Argentina yang turun sebagai pasukan pilihan berdepan cabaran sukar apabila Colombia dilihat lebih banyak menguasai perlawanan.

Bagaimanapun, skuad La Albiceleste itu boleh menarik nafas lega apabila mereka berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-112 menerusi pemain gantian, Lautaro Martinez yang tenang menewaskan penjaga gol Colombia, Camilo Vargas.

Kemenangan itu dianggap cukup bermakna buat pemain-pemain Argentina, terutamanya pemain sayap, Angel Di Maria yang mengumumkan untuk bersara daripada pentas antarabangsa sebaik tamat saingan Copa America.

“Inilah yang saya sentiasa impikan dan sebab itu saya kata bahawa ini adalah Copa America terakhir untuk saya. Saya memang memasang impian untuk bersara dengan cara sebegini (juara Copa America).


“Perasaan saya bercampur-baur ketika ini. Saya berterima kasih kepada pemain-pemain generasi baharu kerana kerana memberikan segala-galanya dan membantu saya untuk memenuhi impian tersebut,” katanya.

Kejuaraan itu juga pastinya menjadi hadiah terbaik buat kapten, Lionel Messi yang tidak dapat bermain hingga tamat perlawanan selepas dia dikeluarkan pada minit ke-66 akibat kecederaan buku lali.

Sementara itu, Di Maria meluahkan rasa terharu apabila Argentina kembali menjadi pasukan juara memandangkan mereka berdepan banyak kesukaran untuk melakukannya dalam kejohanan-kejohanan terdahulu.

“Orang nampak ianya mudah, namun bagi kami sangat sukar. Jika dapat diundurkan waktu, saya mahu merasai suasana begini dengan rakan-rakan seperjuangan terdahulu kerana kami tidak bernasib baik untuk menjadi juara,” ujarnya. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penembaktepat 17-7-2024 09:51 PM
tak ada orang lain ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.412505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top