CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Doakan Nonny, Dia Hamba Allah Yang Baik” – Niezam Zaidi

17-7-2024 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32133| Komen: 7



Pelakon Niezam Zaidi berkata bekas kekasihnya, Nonny Nadirah mungkin sedang berdepan ujian apabila sering memuat naik perkongsian kontroversi di media sosial.

Memetik HibGlam, Niezam berkata dia hanya mampu menitipkan doa agar Nonny diberikan hidayah dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kerana kita tidak tahu apa pula ujian untuk kita.

“Ya bimbang tetapi saya mengharapkan dan mendoakan semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada kita semua dan membawa kita ke jalan yang benar. Mungkin setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.

“Kita tak berada dalam kasut dia dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ini mungkin ujian untuk dia. Doakanlah yang baik-baik untuk dia sebab satu hari nanti kita tak tahu apa ujian kita,” katanya.

Sementara itu, Niezam berkata dia mengakui terkejut dengan perkongsian Nonny namun enggan mengulas lanjut kerana bukan haknya untuk bercakap mengenai individu lain.


“Hikmah yang saya dapat saya cakap kepada orang yang bertanya, doa yang baik-baik sahaja. Cakap yang elok-elok sahaja dan saya tak boleh bercakap pasal orang lain sebab bukan hak saya. Jikalau saya pun terkejut, keluarga dia lagi terkejut. Semua orang pasti terkejut,” katanya.

Dalam pada itu, Niezam berkata dia tahu mengenai bekas kekasihnya itu daripada orang lain kerana tidak lagi mengikuti media sosial Nonny serta menyifatkan wanita itu seorang baik.

“Saya tidak mengikuti akaun media sosialnya dan tahu cerita tentang dia daripada orang lain. Bila orang bertanya, saya jawab tak tahu.

“Apa yang saya nampak dia adalah hamba Allah yang baik, sangat suka bersedekah dan menjaga keluarga. Saya tak nampak perkara (negatif) lain sebaliknya hanya hal yang baik sahaja,” katanya.

SUMBER: HibGlam/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-7-2024 11:43 PM
Mencapub pula. Padahal kau antara punca triggering tintong sheol.
Quote Mary_jane 18-7-2024 12:19 AM
Cepat lah kawen niezam.
Quote Shayang 18-7-2024 12:30 AM
Knp dorang berpisah
Noni tak mekap pun sama muka dia
Kulit muka dan badan elok je tak bercapuk2
Tp dia bukan kategori seksi
Lawa tu yea, tp tak seksi
Seksi ni tak perlu bukak2 baju pun org tgk muka je dah rasa merinding
Quote doubleA 18-7-2024 02:19 AM
Shayang replied at 18-7-2024 12:30 AM
Knp dorang berpisah
Noni tak mekap pun sama muka dia
Kulit muka dan badan elok je tak bercapuk2

Antara pelakon yg iols rasa seksi natural ialah zilabakarin muda dan jueaziz muda dulu
Quote Shayang 18-7-2024 05:52 AM
doubleA replied at 18-7-2024 02:19 AM
Antara pelakon yg iols rasa seksi natural ialah zilabakarin muda dan jueaziz muda dulu

Betul tu, jue aziz tu berckp pun seksi
Jue pakai tudung dan baju kurung pun masih nampak seksi.
Noni duk bukak baju kemban2 kangkang pomot produk tu aku rasa biasa2 je
So better dia takyah la buat semuaaa tu
Lagipun selama ni aku tak penah nampak jantan2 post gambar dia sambil buh caption merenyam, dorang mcm who r yu kan jer drpd dulu pun
Quote DeLuna85 18-7-2024 07:43 AM
Kejap la nak masuk ig nonny. Apa yg terkejut sangat tu.
Quote marchikobonzo 18-7-2024 10:47 AM
Apa la punca diorang break up tu..sampai tingtong di nn dibuatnya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040926 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top