CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai marah, tak terima kenyataan ekonomi Malaysia semakin kukuh. Insya-Allah ekonomi negara akan terus mengukuh – Rafizi

19-7-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43295| Komen: 20



PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyelar tindakan segelintir pihak yang masih tidak mahu menerima kenyataan dan fakta bahawa ekonomi Malaysia semakin mengukuh ketika ini.

“Kalau fakta tentang prestasi ringgit yang menjadi mata wang kedua terbaik di Asia, prestasi bursa saham yang menambah nilai melebihi 20 peratus dalam masa setahun pun belum cukup, saya tambah satu lagi fakta ekonomi yang baru keluar.

“Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) mengeluarkan anggaran awalan atau ‘advance estimate’ angka pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua dari April hingga Jun 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas beliau, laporan DOSM itu menunjukkan ekonomi Malaysia tumbuh 5.8 peratus bagi suku kedua 2024 berbanding suku yang sama tahun lepas.

“Ini menjadikan pertumbuhan separuh tahun Januari hingga Jun 2024 sebanyak lima peratus iaitu dalam lingkungan sasaran pertumbuhan empat hingga lima peratus bagi 2024 seperti yang dirancang kerajaan.


“Prestasi baik ini dijangka akan terus mendorong pengukuhan nilai ringgit dan kenaikan pasaran saham, selain terus menarik pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat,” katanya.

Justeru, katanya, kita akan sering terdedah kepada risiko pembodohan di media sosial yang mengatakan ekonomi negara merudum, tetapi fakta-fakta ini membezakan antara mereka yang menghormati ilmu dan mereka yang memalingkan muka dari ilmu.

“Insya-Allah ekonomi negara akan terus mengukuh, tetapkan hati kita untuk sama-sama menyumbang membina semula ekonomi negara,” katanya. 

Sumber: Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 20-7-2024 12:23 AM
Dia nak buat balik GST tu. dalam dewan parlimen ada di up isu ni.
Quote plywood 20-7-2024 12:45 AM
gigahertz replied at 20-7-2024 12:23 AM
Dia nak buat balik GST tu. dalam dewan parlimen ada di up isu ni.

dia nak buat gst adalah spt menggantung diri.

ianya suatu kekalahan, satu kalah politik, pentadbiran pun akan diserang teruk, dia dah laksanakan cukai sst sama spt gst kecuali tak ada sistem tracking, dia dah perkenal cukai mcm2, .. dlm banyak hal dah tak ada guna gst tu, dia dah abolish sabsidi diesel... sekarang nak sambung gst lagi? memang gantung diri..  


.. even katalah ekonomi kita naik, penerimaan orang ramai itu tak pasti bagaimana, orang ramai kelihatan senyap shj... ertinya ada dua sahaja, rakyat dah tak peduli atau rakyat mengangguk setuju. ... nak tau jawapan tunggu pilihanraya


Quote gigahertz 20-7-2024 04:14 PM
plywood replied at 19-7-2024 04:45 PM
dia nak buat gst adalah spt menggantung diri.

ianya suatu kekalahan, satu kalah politik, pentadb ...

Sebenarnya hasil SST cuma berlegar-legar sekitar RM 20b to RM 30b since PH 1.0GST pulak walaupun implemation dia singkat. pernah cecah RM 60b ......

GST ni celik mata dari bayi sampai la masuk lubang kubur. pun kena GST
Quote Skuau 20-7-2024 04:22 PM
Adakah Mat Sabu dan Tian Chua akan berguling atas jalan tar paneh bg membantah pelaksanaan cukai GST ini nanti????
Quote orkid_amani 20-7-2024 05:16 PM
Yaaa..tukaran duit Siam naik laa 4kupang..last p tuhari 7.30 hari ni mai jadi 7.70..boleh laa kan
Quote syamzana 20-7-2024 05:24 PM
sapa la yg mrh kalau betul MENGUKUH!!!
stakat mengukuh celah jubo ko letih la nak dgr, ujung2 semua rakyat kene tanggung
Quote Decaffeinated 20-7-2024 05:46 PM
Semua indicator itu real. Kalau korang tak rasa faedahnya it simply means you are at the wrong place. Siapa faham, faham lah.

Quote Purestteam1 20-7-2024 08:37 PM
Yang tak faham formula sedang berjalan dibahalulkannya....
Quote goldcarrot 20-7-2024 10:49 PM
Baiklah piji.
Quote Safirania 21-7-2024 01:02 AM
Syabbash bettey
Quote kemaruk 21-7-2024 01:11 AM
kalau nak menilai sesuatu, kena la buat prbandingan

contohnya, di zaman najib bilamana ringgit berada pada paras rm4 sedolar, hutang bawah rm700 bilion dan bursa hampir cecah 2000 mata, team rafizi kata masa tu ekonomi nazak dan negara nak bankrup

sekarang hutang dah 1.3 trilion, bursa tahap 1600 mata, ringgit rm4.7 sedolar, GDP kalah dengan vietnam dan filipina ..acaner boleh dikatakan mengukuh?
Quote awenda507 22-7-2024 01:12 PM
dengar boleh percaya jangan
Quote Abahmung 22-7-2024 01:23 PM
[youtube]p6FYIea1Fhg[/youtube]
Quote edayildiz 22-7-2024 01:27 PM
euwww ye la tu..kalauntak xdenya abg grab tu stress..sampai xbalik umah
Quote Abahmung 22-7-2024 02:18 PM

Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
Julai 21, 2024 @ 8:37pm


Screenshot_2024-07-22-14-16-04-723_com.android.chrome-edit.jpg
Gambar hiasan. Antara mercu tanda baharu Kuala Lumpur, TRX.


KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia melonjak pada separuh kedua tahun ini.

Ia didorong oleh pemacu dalaman dan luaran susulan pertumbuhan teguh sebanyak lima peratus yang dicatatkan pada lima bulan pertama 2024.


Bank pelaburan itu berkata petunjuk utama kompositnya, RHB-LEI (MY) menunjukkan anggaran akhir ekonomi suku kedua Malaysia akan meningkat lebih lima peratus tahun ke tahun.

"Kami menjangkakan peningkatan selanjutnya dalam aktiviti perdagangan dan pembuatan pada separuh kedua 2024, ditambah dengan daya tahan berterusan dalam permintaan domestik daripada peningkatan perbelanjaan pengguna dan pelaburan," katanya dalam satu nota hari ini.


Oleh itu, RHB IB mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 4.6 peratus tahun ini, mengambil kira pertumbuhan kukuh lebih daripada jangkaan suku kedua sebanyak 5.8 peratus yang dikeluarkan hari ini.


Pandangan optimis bank pelaburan itu berpandukan perkembangan terkini data perdagangan dan pengeluaran perindustrian yang kukuh, ditambah dengan peningkatan keyakinan dalam negeri seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks Pengurus Pembelian pembuatan serta import kukuh bagi modal dan barangan perantaraan.

"Kami kekal optimis terhadap ekonomi global, disokong oleh prestasi ekonomi berdaya tahan ekonomi utama seperti Amerika Syarikat, China, dan ekonomi ASEAN terpilih.

"Peningkatan terkini dalam data frekuensi tinggi China, termasuk perdagangan dan jualan runcit, menunjukkan pemulihan ekonomi yang stabil," kata RHB IB.


– Bernama












­
Quote xy_daen 22-7-2024 05:18 PM
Dah menjunam memanglah rebound sengal. Rebound secoet ko kata melonjak?
Quote kasibiman 22-7-2024 07:20 PM


yang pasti ringgit masih kalah dgn matawang burkina faso utk tempoh setahun lepas


Quote Ytee 23-7-2024 01:35 PM
biar betul kukuh
Quote karipap_sadin 24-7-2024 06:10 PM
Mampu gelak je lah iolls

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058777 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top