CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selipar ‘jamban’ harga RM68,889 di sebuah butik di Kuwait

19-7-2024 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50775| Komen: 14



BANDAR KUWAIT – Sepasang selipar yang biasa dipakai untuk ke tandas mempunyai tanda harga 4,590 riyal Kuwait (RM68,899) di sebuah butik di Kuwait baru-baru ini sekali gus mengundang perhatian orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman  X oleh akaun @trndkw__, seorang penjual mempamerkan sepasang selipar ‘jepun’ berwarna putih dengan tali dan tapak getah berwarna biru.

Lebih mengejutkan, harga yang diletakkan adalah 4,590 riyal seolah-olah selipar itu barangan berjenama prestij. 

“Fesyen terbaru ‘Zanouba’ bermula pada harga 4500 riyal,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen terkejut dengan harga yang ditawarkan untuk sepasang selipar itu. 

“Pada ketika ini, mereka cuba menjual apa sahaja kepada orang kaya,” kata seorang netizen. 


“Di India, anda boleh mendapatkan selipar ini pada harga cuma 60 rupee (RM3.35),” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber: Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Safirania 21-7-2024 01:00 AM
Teringat selipar tat sing
Quote Ninani 21-7-2024 01:07 AM
Selipar ni berat. Main tuju kasut, memang sakit gila kalau kena.
Quote ninja9 21-7-2024 08:59 AM
Ini menunjukkan banyak tanda harga sebenarnya hanya mainan fikiran
Quote kemaruk 21-7-2024 10:00 AM
If you think the price is too expensive, you are not the target market
Quote FOTHER-MUCKER 21-7-2024 10:04 AM
Di tahun 80an european datsng KL hairan tengok orang Asia memakai  selipar berjalan jalan di KL. Tapi sekarang mereka pun sedah pandai memakai selipar seperti orang Asia
Quote apalancut 21-7-2024 11:06 AM
Edited by apalancut at 21-7-2024 11:09 AM

https://www.carousell.com.my/p/s ... l-wuduk-1223271067/

ada jumpa color lain jual dkt carousell..




Quote Tinot7 21-7-2024 12:25 PM
Zanouba ni brand femes ka?
Quote lee_sakura 21-7-2024 12:53 PM
warna sama mcm selipar banduan
Quote shernazz 21-7-2024 01:20 PM
Apa lagi
Jom.import jenama.tat sing,.osaki ke kuwait now
Quote prettygood 22-7-2024 11:12 PM
kemain harga selipar jamban kt arab ahhaahha
Quote Glorysky 23-7-2024 06:37 PM
Jual yg msia kt overseas la haha kayo
Quote stompuper79 23-7-2024 11:32 PM
Safirania replied at 21-7-2024 01:00 AM
Teringat selipar tat sing

skali hinggap di muka tlinga bdesing.
Quote stompuper79 23-7-2024 11:32 PM
buleh da la jual tat sing dkt ebay. asyik jual super ring dgn megi je hahah
Quote BeskotCekelat 24-7-2024 02:40 PM
Kenapa nama selipar jamban? Dulu bukan selipar Jepun ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048892 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top