CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tyzo seorang yang baik. Saya Tak Pernah Jumpa Lelaki Yang Tak Boleh Pegang Tangan" - Lydia Rosli

2-8-2024 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25852| Komen: 81


Sebelum ini, penyampai radio Tyzo Xander, memberitahu kepada OhBulan! bahawa dia tidak berani untuk bercakap lebih mengenai kisah yang membabitkan dirinya dengan anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli.

Terbaru, OhBulan! berjaya menghubungi Lydia bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya dalam satu sesi temu bual bersama pihak media, baru-baru ini.

Menurut Lydia, perasaan suka terhadap Tyzo itu timbul pada tahun lepas selepas mereka mengenali antara satu sama lain hampir dua tahun yang lalu.



"Apa yang saya cakap masa temu bual itu sebenarnya perasaan pada tahun lepas. Sekarang ini kami kawan sahaja. Dulu saya panggil dia sayang, ucap selamat pagi sayang. Sekarang kami sebagai kawan. Saya tak harap apa-apa dekat dia. Nak kata patah hati, patah hati juga la. Saya sejenis yang tak mahu tunggu. Kalau dia tak masuk meminang tak ada la."


Tambah Lydia, kalau diikutkan dia mahu mendirikan rumah tangga dengan Tyzo. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian memandangkan hubungan mereka lebih ke arah kawan dan rakan perniagaan.

"Bila saya patah hati, dia telefon ajak untuk jadi kawan. Saya merajuk dan tak balas kiriman Whatsapp dia pada masa itu. Tapi bila fikri balik, saya kena jawab panggilan dia. Sedih masa itu. Saya tak pandai nak kawan biasa dengan lelaki. Saya nak kawan yang betul-betul ke arah yang serius."

Disoal sama ada akan berasa kekok ataupun tidak jika berjumpa dengan Tyzo selepas ini, Lydia menjawab tidak.

"Saya tak rasa kekok sebab kami dah anggap sebagai kawan. Kami masih jumpa, cuma orang ingat kami masih lagi bercinta. Contoh, saya teman dia ke majlis kedai Rosyam Nor dan ada orang tanya kami masih bercinta ke? Tyzo dah bagi penjelasan masa itu yang kami sekadar kawan dan buat bisnes bersama."

"Selama saya berkawan dengan Tyzo, tak pernah ada orang tanya soalan seperti itu. Itu kali pertama."

Ditanya pula mengenai ‘friendzone’, kakak kepada Kak KM ini berkata, dia tidak pernah anggap Tyzo mempermainkan dirinya.

"Ramai komen negatif dekat saya. Pada masa yang sama ada yang sokong juga. Saya ingat, ada yang kata saya tak tengok cermin. Netizen kata Tyzo suka bagi harapan dan kesian dengan mak cik itu (saya)."

OhBulan! sempat bertanya kepada Lydia mengenai kriteria istimewa yang ada pada diri Tyzo sehingga dia jatuh cinta. Jelas Lydia, Tyzo seorang lelaki yang sangat baik dan pandai menjaga batas dalam perhubungan.

"Tyzo seorang yang baik. Saya tak pernah jumpa lelaki yang tak boleh pegang-pegang. Tak pernah jumpa lelaki yang macam dia. Dia kata nak pegang tunggu halal. Pegang tangan ye jangan salah faham. Dia tak biasa macam itu semua. Dia siap pesan dekat saya, kalau buat macam itu ramai yang akan pergi."

Mungkin dia rasa tak selesa dan segan. Kalau saya pegang tangan dia semasa keluar, balik rumah dia akan tegur.

Di akhir temu bual, Lydia memberitahu hatinya sudah tertutup buat Tyzo pada masa ini.

"Saya dah tak mengharapkan apa-apa dari dia. Hati tertutup. Kalau dia bagi cincin masa itu, mungkin saya akan terus kahwin. Saya rasa berbunga sangat.

"Sekarang kalau, kena fikir balik. Bukan pudar rasa itu. Cuma tak tahu nak gambarkan macam mana. Mungkin kecewa atau sebaliknya. Kalau dia pandai ambil hati saya semula dan layan saya, mungkin boleh difikirkan. Tapi hubungan kami sebagai kawan memang akan kekal baik."


Sumber : OhBulan


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 2-8-2024 07:12 PM
Dah laaaa... Tyzo x nk ko ler.. Malu ler terhegeh2....
Quote noor2 2-8-2024 07:14 PM
Sebab lelaki tu x nak ko..mmg la dia x nk pegang tangan...adoi..dia bukannya ustaz..rambut pun kaler
Quote caprisonne 2-8-2024 07:17 PM
Aiyo.. cerita cinta bertepuk sebelah tangan mmg kena jaja kat socmed ke? Makcik2 sgt nampaknya pun.. tapi haruslah baju ketat sendat padat kat dada kan.
Quote divalaura 2-8-2024 07:24 PM
Tyzo tak selera kot
Tak payah perasan lah makcik oiiii
Kalau dia nak cari jodoh pun, dia check dulu family background lah makcik..
adik beradik makcik tu dah lah badan sorang2 macam
ahli gusti..perangai pulak tak semenggah terkangkang terkoyak sana sini. Kat public pun boleh terkangkang menari, mana sifat malu?
Kalau rupa tak seberapa, jagalah perangai tu..at least ada lah jugak yang sedap dipandang
Quote jihyomelly 2-8-2024 07:29 PM
ada kenalan kawin dgn pak imam..masa tunang pak imam nak pegang tgn konon nak buat2 ghaso (kawan kawin lambat 40an baru nak kawin) ni tak pegang tgn maknanya memang jantan tu tak hingin la tu bg alasan..
Quote Meraki 2-8-2024 07:31 PM
Apoooooo
Quote Itzy 2-8-2024 07:35 PM
Walau aku x kenal dan x minat si tyzo ni, tapi rasa kesian lak sebab orang sehensem ni dikaitkan dengan mak lampir ni. Macam anak dengan mak dah.
Quote anilanil 2-8-2024 07:42 PM
Aiols lagi tertarik ngan kisah tyzo taknak pegang tangan bukan muhrim. Rare ni. Sbb yg tak keje dlm industri kreatif pon kemain melekat cam gam. Mmg susah ek nak adjust acik tyzo? Adakah punca benti keje dulu ada unsur patah hati?
Quote cikus 2-8-2024 07:42 PM
Jantan rambut kaler x mou pegang tangan...maksudnya dia x selera kat mokcik...wlpon baju mokcik sendat cam budak darjah 5...
Quote sisturNgensot 2-8-2024 08:37 PM
jadinya sebelum ni selalu pegang tangan laki la.bila tejo tak nak kira rare?
Quote misc 2-8-2024 08:41 PM
Mcm adik kakak.
Quote MissYouSayang 2-8-2024 08:42 PM
Satu family tak bermoral sape nakk masuk kecuali diri sdiri pon x bermoral blh la join family kilometer ni
Quote Olumis 2-8-2024 08:57 PM
Kesiannn. Tyzo pun tak hingin nak pegang. Maksudnya bukan taste heols la tu. Kalau btl lelaki tu serius, dah lama buat bini. Titik
Quote kakacantikkan 2-8-2024 09:00 PM
xleh pegang ke xnk pegang? [em:3:]
Quote menjad 2-8-2024 09:24 PM
Heran mana lah dia dapat skill konfiden dan muka tebal 40 inci
Quote parangskeper 2-8-2024 10:02 PM
Yer yer jer dh tertutup hati skg.. Klu tyzo tiber ajak kawin mau melompat xjejak tanah ko acikkkk
Quote rendangayam 2-8-2024 10:12 PM
Aneh ameh ja
Quote naina 2-8-2024 10:14 PM
Aduhh..jujur ya dia ni..kesian plak
Dia meluah ni macam anak2 muda je takda segan2 ya..
Quote awenda507 2-8-2024 10:17 PM
Dlu aku ada kwn yg jenis taknak pegang2 pompuan. Hujung2 dia gay

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.692292 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top