CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkampungan Sukan Olimpik yang teruk, Pemenang emas dari Itali tidur di taman - "Tiada penghawa dingin di sana, panas, makanannya teruk"

5-8-2024 07:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20718| Komen: 21|Original author: DidiAndFren


Paris: Atlet renang yang juga pingat emas Itali, Thomas Ceccon, dilihat tidur di taman Paris selepas mengadu tentang keadaan di Perkampungan Sukan Olimpik yang teruk.

Ceccon, 23, menyalahkan Perkampungan Sukan Paris 2024 yang 'teruk' sehingga dia gagal melayakkan diri ke final 200m kuak lentang pada hari Rabu lalu.

Bintang Itali itu adalah antara pilihan untuk acara itu selepas merangkul emas dalam acara 100m kuak lentang, tetapi berkata dia 'terlalu letih' untuk beraksi selepas bergelut untuk tidur di perkampungan sukan.

"Tiada penghawa dingin di sana, panas, makanannya teruk.

"Ramai atlet meninggalkan perkampungan sukan atas sebab ini: ia bukan alibi atau alasan, ia adalah realiti yang mungkin tidak semua orang tahu.


"Saya kecewa kerana saya tidak layak ke final tetapi saya terlalu letih. Sukar untuk tidur pada waktu malam dan petang.


"Biasanya, apabila saya di rumah, saya selalu tidur pada waktu petang: di sini saya benar-benar bergelut antara panas dan bunyi bising," kata Ceccon selepas aksi mengecewakannya dalam saringan 200m.

Ceccon nampaknya mengambil langkah sendiri apabila dia dilihat tidur di taman Paris.

Atlet dayung Arab Saudi, Husein Alireza menyiarkan video di Instagram yang menunjukkan Ceccon tidur siang dengan tuala putih di 'Perkampungan Atlet Olimpik'.

Ceccon bukan satu-satunya atlet yang mengadu tentang Perkampungan Sukan, dengan bintang tenis, Coco Gauff mendedahkan salah seorang rakan sepasukannya memilih untuk berpindah kerana kawasan yang 'sempit'.

Perenang Australia Ariarne Titmus pula berkata: 'Mungkin bukan masa yang saya fikir saya mampu, tetapi tinggal di Kampung Sukan menyukarkan untuk beraksi.

Sumber :   Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DidiAndFren 5-8-2024 01:11 PM
[youtube]mb41SUDqvgs[/youtube]
Quote sharlenetexas 5-8-2024 01:12 PM
Atlit europe sendiri pun x tahan panas kat bilik perkampungan olimpik.



Quote supernaturalee 5-8-2024 02:31 PM
siang sana lbh kurang 15 jam
suhu plg tgi 29 darjah
atas 25 klu di luar agak pns actually
mcm cameron waktu tghri

btw kl bila siang lbh kurang 13 jam sehari
Quote kucingitam 5-8-2024 02:35 PM
panas sebab takde ventilation kot. stuffy...
Quote airfilterkotor 5-8-2024 04:19 PM
Apsal aku tengok macam kat Wangsa Maju atau Kota Damansara...?
Quote xtahumenahu 5-8-2024 04:23 PM
ni mamat yg ensem tu kannn
Quote DidiAndFren 5-8-2024 04:45 PM
xtahumenahu replied at 5-8-2024 04:23 PM
ni mamat yg ensem tu kannn

[tiktok]7397422308329098503[/tiktok]
Quote xtahumenahu 5-8-2024 04:52 PM

wowww
Quote krustykrab 5-8-2024 08:03 PM
Hampa tak mai dok malaysia lagi..
Quote Meraki 5-8-2024 09:05 PM
Byk issue betul olimpik kali ni
Quote Itzy 5-8-2024 09:10 PM
Haa bagus bagus, elok la panas takde la kau semua dok buat maksiat berzina kat sana hari2 hahahah. Bagus juga perancis ni.
Quote syamzana 5-8-2024 09:14 PM
Itzy replied at 5-8-2024 09:10 PM
Haa bagus bagus, elok la panas takde la kau semua dok buat maksiat berzina kat sana hari2 hahahah. B ...

lorrr sesama non muslim berzina apa nyeh???

org skrg berckp pasal keselesaan atlet2 kat sana, dah nak bersukan lagu mana kalau tak selesa/letih sbbkan cuaca.
Quote bintangct 5-8-2024 09:24 PM
paris tu kalo pegi hotel deme mmg sekangkang kera je Duduk airbnb apartment baru selesa skit
Quote sharlenetexas 5-8-2024 10:18 PM
DidiAndFren replied at 5-8-2024 04:45 PM

Macam tarabas.

Quote sharlenetexas 5-8-2024 10:51 PM
Semua yang indah indah.
Minus aircond n kondom.

[ig]https://www.instagram.com/reel/C-DAeWGIaeg/?igsh=aGtnMWVxMTNoeG9u[/ig]

Quote _kelly 5-8-2024 10:55 PM
Itzy replied at 5-8-2024 09:10 PM
Haa bagus bagus, elok la panas takde la kau semua dok buat maksiat berzina kat sana hari2 hahahah. B ...

terpaling masuk syurga tanpa hisab
Quote DidiAndFren 5-8-2024 11:54 PM
Quote hyie 6-8-2024 12:03 AM
diorang cakap kat europe sana memang tak guna aircond, yeke? kalau kat hotel ada disediakan tak chuols?

pastu bila diorang datang mesia baru panas sikit dah menggelupor..hello?? tau pulak kau komplen iya
Quote jebatmaspunyer 12-8-2024 11:55 AM
syamzana replied at 5-8-2024 09:14 PM
lorrr sesama non muslim berzina apa nyeh???

org skrg berckp pasal keselesaan atlet2 kat sana, dah ...

Ni lah contoh dosa yang dinormalisasikan. Sesama non-Muslim pun kalau belum kawen masih lagi di anggap berzina. Cumanya zina itu telah dinormalisasikan oleh mereka sampai orang macam kau boleh anggap zina tu bukan untuk non-Muslim.

Orang Islam ni masih berpegang pada hukum agama. Even ada Muslim y berkedudukan & berzina, masih ada rasa segan untuk flaunt the lifestyle.


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076849 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top