Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.56 malam. Beliau berkata susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, didapati 28 anak ular sawa yang dipercayai baru menetas serta seekor induk berada dalam saliran longkang berkenaan. "Bomba kemudiannya menangkap semua ular sawa itu menggunakan penjerut,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini. Ahmad Mukhlis berkata operasi menangkap ular itu mengambil masa 12 minit sebelum semua tangkapan dilepaskan di tempat yang selamat. - Bernama |
cap_ayam replied at 8-8-2024 12:27 PM
Dimanakah tempat yang dikatakan selamat itu
ADVERTISEMENT