CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bersalin Di Usia 41 Tahun, Natasha Hudson Kongsi Perjalanan Bersalin Anak Keempat – ‘Kurang Sakit & Tiada Koyak’

9-8-2024 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29477| Komen: 130


Pelakon Natasha Hudson berkongsi perjalanan hamil dan bersalin anak perempuan keempat pada Jun lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Natasha memaklumkan dia melahirkan cahaya mata keempat seberat 3.44 kilogram pada 6 Jun lalu jam 2.44 petang dan diberi nama Kaia.

"Pada 6 Jun 2024 pukul 2.44 pm kami menyambut kelahiran bayi perempuan keempat seberat 3.44 kg iaitu Kaia. Dia sangat memudahkan saya sepanjang sembilan bulan kehamilan dan pada hari bersalin."

Menurutnya, perjalanan sepanjang momen kehamilan dan melahirkan anak di usia 41 tahun iaitu selepas sembilan tahun lalu lebih mudah dan sangat tenang.

"Selepas sembilan tahun, saya dapat merasakan perasaan melahirkan cahaya mata sekali lagi. Normalisasikan bersalin di usia 41 tahun. Rasa seperti baru pertama kali tapi lebih baik dan profesional."

"Ia merupakan kelahiran yang paling ‘best’, kurang sakit, sangat mudah, bebas dadah, tiada koyak dan bersalin yang cepat. Saya rasa sangat bertenaga sebelum dan selepas. Dan saya nak berterima kasih kepada diri saya di atas semua usaha yang dilakukan untuk badan dan bayi saya."


"Saya kekal aktif dalam sukan, pengambilan makanan dan supplement memainkan peranan yang sangat penting. Saya sangat tenang sepanjang proses ini. Bersalin secara semula jadi adalah perkara yang magik."


Dalam pada itu, Natasha turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan buat suaminya yang menjadi pasangan hidup yang terbaik.

"Memori ini akan sentiasa saya simpan dalam hati dan tidak kisah untuk melakukannya lagi. Saya menikmati setiap saat. Terima kasih kepada semua di atas doa-doa yang baik, ucapan dan sayang kepada saya dan keluarga."

"Akhir sekali, terima kasih buat suami tercinta saya, Jay untuk bayi cantik ini dan menjadi manusia yang hebat sejak dari hari pertama. Awak tiada pengganti. Cinta hati saya, selama-lamanya."

Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Harits Jasmin atau Jay pada 28 Mac 2022.


Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Neesa Helena, Neema Kalila dan Faatimah.

Sumber:  Oh Bulan










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 9-8-2024 03:12 PM
Alhamdulillah tahniah tahniah
comelnya baby
anak dia semua perempuan kan
yg sulung pun dah 16
Quote hotmak 9-8-2024 03:16 PM
tahniah, haritu tertgk live dia di tt, seronok je duduk kawasan kampung, dekat dgn pantai
Quote hokeypokey 9-8-2024 04:03 PM
Tahniah dapat anak ke 4 dari suami ke 5
Quote KamikuP 9-8-2024 04:21 PM
tAHNIAH DAPAT BABAY
Quote dewi_rina 9-8-2024 04:26 PM
Dia ni kawin, beranak, kawin, beranak.. Gitu je kisah hidup dia
Quote Olumis 9-8-2024 04:43 PM
Tahniah. Umur 41 pun masih kekal cantik
Quote Tiggybiru 9-8-2024 04:45 PM
Bersalin secara semulajadi? [em:24:]
Quote sapeka 9-8-2024 04:58 PM
Congrats atas kelahiran
Quote cruz2 9-8-2024 05:02 PM
Alhamduliah.. Dia diberikan rezeki senang jodoh, senang mengandung, senang beranak. Tp mungkin ada kesukaran kesusahan dari segi lain.
Rezeki setiap org berbeza
Quote prince_marhaen 9-8-2024 05:06 PM
"..Ia merupakan kelahiran yang paling ‘best’, kurang sakit, sangat mudah, bebas dadah, tiada koyak dan bersalin yang cepat.."


Offfff cozzz la sis... dah 5 jenis saiz pelbagai bentuk khensss...
Quote Prickford 9-8-2024 05:17 PM
Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana diberikan kemudahan dalam mengandung dan melahirkan. Setiap orang Allah bagi rasa pengalaman yg berbeza2. Iolls walaupon membengkak sana masa pregnant sampai tak boleh drive kereta, sampai admit hospital kena darah tinggi, still enjoy the pregnancy. Sbb aura positif seorang ibu ni akan mengalir ke anaknya.
Quote slyfynx 9-8-2024 05:18 PM
Tiada koyak tu kene share eh?
Quote ReginaGeorge 9-8-2024 05:19 PM
Down grade sangat nih
Quote supernaturalee 9-8-2024 05:19 PM
prince_marhaen replied at 9-8-2024 05:06 PM
Offfff cozzz la sis... dah 5 jenis saiz pelbagai bentuk khensss...

moga2 tak keep counting lah


Quote prince_marhaen 9-8-2024 05:24 PM

hai awak.... cuba teka siapa isteri.... tibeehhhh

Screenshot 2024-08-09 172345.png
Quote makneng 9-8-2024 06:08 PM
Mak ingatkan sapelah pompuan yg tengah2 gambau bertiga tu..adeh.

Btw, x sabau nak tunggu Hanix Haizi Amid veranak. Ntah c-sect ntah normal. Yang penting bakalan tak secomel anak mek natasah
Quote rendangayam 9-8-2024 06:44 PM
Rezeki
Quote LembingDayanti 9-8-2024 06:51 PM
beranak pandai lerpas tu anak kasi org ke konsepnya macam kucing? hahahhahahha
Quote stania83 9-8-2024 06:57 PM
kenapa body language dan posture husband ke arah doktor tuu..sesuatu sangat

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.037405 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top