CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Julia Farhana Dedah Ada Penerbit Minta Buka Tudung

10-8-2024 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37491| Komen: 9



Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan ada penerbit filem yang memintanya membuka tudung untuk watak ditawarkan.

Memetik Harian Metro, Julia bagaimanapun dia tidak menyalahkan penerbit filem berkenaan kerana dia bukan beragama Islam dan tidak faham mengenai kewajipan menutup aurat dalam agama Islam.

“Penerbit itu bertanya sama ada saya boleh buka tudung untuk watak ditawarkan dalam filem terbitannya? Pada mulanya, saya terkejut dengan pertanyaannya itu dan menganggapnya biadap.

“Penerbit itu kata dia nampak ramai saja artis yang boleh pakai dan buka  tudung sekarang. Jadi, dia fikir saya juga sebegitu,” katanya.

Sementara itu, sudah dua tahun mengenakan hijab, Julia mengakui dia berdepan cabaran besar untuk terus istiqamah apatah lagi terpaksa menolak watak yang tidak sesuai dengan penampilannya berhijab.

“Sebab itu, saya tidak terkejut bila tengok ramai artis yang buka tudung kerana faham dengan perasaan mereka.


“Saya sendiri pun sudah beberapa kali menangis kerana tidak kuat dan berasa seperti ‘kehilangan karier’ kerana banyak watak terpaksa ditolak kerana tidak sesuai dengan penampilan bertudung,” katanya.



SUMBER: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 12-8-2024 01:22 AM
Aku bukak benang ni pukul 1.30am, nak terlepas phone, tgk gambar heshe kat atas tu.
Quote lasagna 12-8-2024 04:00 PM
pengarah punnn.. dah tau dia bertudung pegi offer gitu plak...
carik jer laa org yg tak bertudung terusss.
Quote heythere123 12-8-2024 04:10 PM
taknak komen benda lain tapi hauk nau fesyen sheols dalam gambar atas tu.

pattern on pattern, pastu warna tu takleh contrast lagi ke
Quote edayildiz 12-8-2024 04:11 PM
dia ni mix yg xbrp nmpk kn..
Quote jambatannetizen 28-8-2024 07:14 PM
edayildiz replied at 12-8-2024 04:11 PM
dia ni mix yg xbrp nmpk kn..

Sbb dia mix italy. Org italy ini tak nampak strong feature. So, bila campur dgn melayu, tak nampak lah jadi kacuk itu. Sama mcm faradhiya itu. Tak lawaaa kacuk italy jugak itu.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.037875 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top