CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof failkan perceraian dengan Ira Kazar hari ini?

19-8-2024 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 121718| Komen: 1070|Original author: Lulu_717


 


KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

"Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka," katanya.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. 


Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 19-8-2024 06:10 PM
ait? dia yang failkan pula
Quote imanjannah 19-8-2024 06:10 PM
ok..aku terawal masuk pulaks
Quote NazRysha 19-8-2024 06:11 PM
datin fatimah tersenyum sinis
Quote ladyxez 19-8-2024 06:11 PM
Tunggu Tintim komen
Quote Pujangga22 19-8-2024 06:11 PM
pulak dah
Quote cicicumel 19-8-2024 06:12 PM
So she x pregnant lah kot?
Quote Tunan 19-8-2024 06:12 PM
Yg ni x panas sgt
Quote jihyomelly 19-8-2024 06:12 PM
nampaknya walaupun rampasan hasil gelekan tak mampu nak bertahan…
Quote Lulu_717 19-8-2024 06:13 PM
Musim penyondol tersakiti ke skrg?
Quote Farnor 19-8-2024 06:14 PM
cicicumel replied at 19-8-2024 06:12 PM
So she x pregnant lah kot?

Dah ado gmbor tunggang kude..kempis jer perut.
Quote miss_perfect 19-8-2024 06:14 PM
Laaa pulak.... Masa skandal lagi lama dari masa dalam perkahwinan.
Quote zallama 19-8-2024 06:18 PM
Setan bosan mnghasutt bila da halal..haha
Quote azimie 19-8-2024 06:18 PM
Edited by azimie at 19-8-2024 06:22 PM


baru aku baca kat ats td kata ira kazar cantik bak wanita turkey..
sbnrnya tula hint sorg mak janda, akn stat psg badan..huhu
Quote tompie 19-8-2024 06:20 PM
azimie replied at 19-8-2024 06:18 PM
baru aku baca kat ats td kata ira kazar cantik bak wanita turkey..
sbnrnya tula hint sorg mak janda, ...

Setuju sangat..

Quote JunkMail 19-8-2024 06:20 PM
Laaaaaahhhh... Aku baru je tengok Ira naik kuda tiba tiba ada pulak thread lain dah kena cerai..
Quote lolipopmanish 19-8-2024 06:22 PM
Lahhh patut menunggang kuda hmmm healing kot ye
Quote epal_putih 19-8-2024 06:22 PM
Doh guane pulok
Degawanssss????
Quote kakasotong 19-8-2024 06:23 PM
Edited by kakasotong at 19-8-2024 06:24 PM

Sujud syukor nekpati xsia2 merentan merata2 kt ig akhirnya berserai jua anak kesayangan dengan menantu xdirestui.

Kembalilah sol ke pangkuan keluargamu.

Cc: @kerani_je haa masukkkkkkk sini bergosip
Quote sr10 19-8-2024 06:23 PM
La pulak, sol dgn tah main pas pas baton ke hapa

Lihat semua komen(1070)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.362119 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top