CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vokalis Kumpulan Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Terima Gelaran Datuk

29-8-2024 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15650| Komen: 69

 


Penyanyi nasyid kumpulan Saujana dan ahli perniagaan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin.

Menurut Dr Idzu atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin, 43, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.

"Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara."

"Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda."


"Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yang sangat mengujakan."

 

Selain itu, Idzu juga berterima kasih atas penganugerahan diberikan selepas 13 tahun sebagai pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

"Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini."

Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

Pada 2016, Idzu mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.

Meskipun sibuk dengan bidang perubatan, Dr Idzu masih aktif dalam bidang muzik.

Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.


Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ai_kiu 29-8-2024 08:42 AM
Berapa ongkos nk dptkan title dato melaka?
Quote vanillaninja 29-8-2024 08:50 AM
Kalau judging on achievement I rasa layak jah heols dapat. Tahniah.
Quote maricruzestrada 29-8-2024 08:57 AM
ramai jugak artis yang dapat kalini. rezeki
Quote I.K.A888990 29-8-2024 09:04 AM
suami heliza dpt jugak kan
tak nak bukak benang ke hehe
Quote Binodino 29-8-2024 09:34 AM
Janggut rebonding pun dapat jugak? Biar betul.
Quote sharlenetexas 29-8-2024 09:46 AM
Jasa dalam bidang penyelidikan tissue cell.

Quote nfaaa 29-8-2024 09:59 AM
yang ni logic la dapat datuk. ada la nampak sumbangan nya walaupun tak se gah mana, more to esthetic things.
Quote aemon 29-8-2024 10:09 AM
sayanglah Dr.dulu iols crush dia ni masa zaman2 saujana mendonia.ujung2 jadi nonok mcm fairuz qface.adoi.
Quote Babimontel 29-8-2024 10:09 AM
Tahniah
Quote aemon 29-8-2024 10:10 AM
I.K.A888990 replied at 29-8-2024 09:04 AM
suami heliza dpt jugak kan
tak nak bukak benang ke hehe

jenglot dapat title, bini semakin mata bulat tak?
Quote emera 29-8-2024 10:11 AM
Mcm byk scammer dpt anugerah this time.
Quote edayildiz 29-8-2024 10:12 AM
mata ngn hidung nampak ada iras mona fandey pulek
Quote kawahapi 29-8-2024 10:24 AM
Bersepah nya Datuk Dato dengan Malaysia ni lahai.
Quote kierakirana 29-8-2024 10:25 AM
aemon replied at 29-8-2024 10:09 AM
sayanglah Dr.dulu iols crush dia ni masa zaman2 saujana mendonia.ujung2 jadi nonok mcm fairuz qface. ...

Jgn la weyy. Aku pon sama. Why why whyyyyy
Quote apedehal 29-8-2024 10:26 AM
Dato kelempuk..xpa tahun depan myb puriz plak dpt dato
Quote green~tea 29-8-2024 10:27 AM
Ya rabbi...

Ingat betina mana cross dressing
Quote green~tea 29-8-2024 10:27 AM
apedehal replied at 29-8-2024 10:26 AM
Dato kelempuk..xpa tahun depan myb puriz plak dpt dato

Tolonggggg lah.. rosak majlis kang
Quote Lulu_717 29-8-2024 10:59 AM
I.K.A888990 replied at 29-8-2024 09:04 AM
suami heliza dpt jugak kan
tak nak bukak benang ke hehe

Dia dpt gelaran Datuk Wira chuolls..wira scammer kah?
Quote divalaura 29-8-2024 11:24 AM
apooooo?
ponen senang ye dapat pingat..teringat ponen yang selalu nak ke sorga bersama tololwers

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.082995 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top