CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Faizal Tahir Dah Macam Penjawat Awam, Setiap Tahun Lagu Tema Merdeka Dia Yang Nyanyi’

30-8-2024 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17393| Komen: 63

 


Seorang pengguna di aplikasi X mencuri perhatian apabila berkongsi pendapatnya mengenai penyanyi terkenal, Faizal Tahir.

Menerusi ciapan yang dibuat, individu yang dikenali sebagai Faqimi Fauzi berseloroh menyatakan Faizal bagaikan sudah menjadi seorang kakitangan kerajaan.

Ini kerana, Faqimi berpendapat pasti akan ada saja lagu bertemakan kemerdekaan yang dihasilkan pelantun lagu ‘Negaraku’ itu setiap tahun.

"Faizal Tahir ini dah macam penjawat awam dah. Setiap tahun, lagu Merdeka mesti lagu dia."

"Tahun ini dah berapa lagu patriot yang dia bikin."

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan guraun Faqimi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat suara yang ada pada penyanyi berusia 45 tahun itu begitu sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan.


 
Sekadar info, antara lagu bertemakan kemerdekaan yang dihasilkan Faizal pada tahun ini termasuklah Semangat Juara dan Bendera.


Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shoyuna 29-8-2024 03:02 PM
Dulu Roy Ratnaku selalu nyanyi lagu patriotik. Now FT. Sesuai gak la
Quote ezacbee 29-8-2024 03:19 PM
Lawo lak tshirt dia pakai tu..
Quote aemon 29-8-2024 03:20 PM
itu namanya kabel
Quote ashk4nn 29-8-2024 03:43 PM
tp rasanya lagu rasmi merdeka tahun ni amir masdi yg nyanyi rasanya..
Quote kucingitam 29-8-2024 03:45 PM
Arwah Sudir, Roy and now FT...memang dgr suara je terbayang lagu patriotik
Quote alesandra 29-8-2024 03:53 PM
Tapi bagi aku xde sapa pun boleh lawan lagu2 patriotik arwah sudir  nyanyi warisan dan tanah pusaka.tanah pusaka tu xtau sapa original singer.lirik lagu2  ni deep dan melodinya sedap.lagu2 skrg mcm mehhh
Quote Jikookie 29-8-2024 03:57 PM
Iols suka lagu merdeka yg baru tu. Alif satar dgn jaclyn victor dgn siapa ntah sorang lagi perempuan chinese tak tahu nama apa. Best lagu tu
Quote Jikookie 29-8-2024 03:58 PM
alesandra replied at 29-8-2024 03:53 PM
Tapi bagi aku xde sapa pun boleh lawan lagu2 patriotik arwah sudir  nyanyi warisan dan tanah pusaka. ...

Betul. Lagu arwah sudirman semua best2. Takde siapa boleh lawan suara arwah, lirik lagu melodi semua best
Quote HoneyManjer 29-8-2024 04:00 PM
tapi lagu2 partiotik jaman now tak best macam dlu....
bila dengar semangat lain macam
Quote hokeypokey 29-8-2024 04:22 PM
pokcik ni ada kabel gomen kot
Quote prince_marhaen 29-8-2024 04:58 PM
Lagu Hari Kebangsaan skrg ni bosan sebab tak banyak boleh sing a long... buat choir pun x banyak yang sesuai.... masing2 dapat geran syok sendiri... yes, ada geran ye... yang mohon tahun ni, 2-3 tahun lepas tu baru nak compose pun ada, asal boleh hasilnya... janji hantar je penerangan... siar x siar lain citer, janji masyukkkk... kawan meols gi rakam suara latar untuk fill in lagu komposer tak glamer, dapat rm100 je nok... walhal geran ratus ribu... hihihihihi
Quote LembingDayanti 29-8-2024 05:01 PM
tokti tak kene kan nyanyi lagu patriotik? pening dengar haha!
Quote Mamidingdong 29-8-2024 05:09 PM
Sebab sora FT sedap & sesuai bawa lagu2 mcm tu
Quote amyfaha 29-8-2024 05:29 PM
X bole lawan lagu student limkokwing. Kita satu bangsa kita satu negara,kita satu matlamat....... ❤️❤️
Quote sukanyanyi 29-8-2024 05:40 PM
ashk4nn replied at 29-8-2024 03:43 PM
tp rasanya lagu rasmi merdeka tahun ni amir masdi yg nyanyi rasanya..

Yes, kan.. madani jiwa merdeka tajuk dia.. heols kan dikatakan FT new gen.. ok la tu bg org baru plak
Quote Sugarbam1212 29-8-2024 06:05 PM
Okla lagu2 bole sing along.. bole laa
Quote adeqbun 29-8-2024 06:22 PM
HoneyManjer replied at 29-8-2024 04:00 PM
tapi lagu2 partiotik jaman now tak best macam dlu....
bila dengar semangat lain macam

Lagu jalur gemilang ai plg rs goosebumps sgt2
Quote alesandra 29-8-2024 06:32 PM
prince_marhaen replied at 29-8-2024 04:58 PM
Lagu Hari Kebangsaan skrg ni bosan sebab tak banyak boleh sing a long... buat choir pun x banyak yan ...

Wow baru tau lagu2 ni dapat geran dari kerajaan bernilai ratusan ribu.kuang hajoo.sbb lagu2 skrg asal boleh ..tak menyentuh perasaan...retorik semata
Quote ekselen 29-8-2024 06:53 PM
Edited by ekselen at 29-8-2024 07:09 PM

iols suka lagu  FT yg tajuk Malaysia ngan Gemuruh tu... bg iols lagu Malaysia tu berjiwa..kita boleh menghayati.. lagu Gemuruh, lagu kak El standing in the eyes ngan Fikirkan Boleh tu antara lagu yg best dan menaikkan semangat utk team negara.. satu lg lagu Aku Negaraku apis suip ngan jaclyn pun best..lagu yg catchy...
Quote apedehal 29-8-2024 07:44 PM
amyfaha replied at 29-8-2024 05:29 PM
X bole lawan lagu student limkokwing. Kita satu bangsa kita satu negara,kita satu matlamat....... ❤ ...

Setuju yg tu plg masuk..dgn lagu sy anak malaysia..budak2 suka nyanyi n hafal

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.033222 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top