Mengutamakan kesejahteraan diri, penyanyi Andi Bernadee enggan terlampau berkongsi hal peribadi yang berisiko mencetuskan perkara negatif. Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangil, 33, berkata situasi tersebut membuatkannya seolah-olah tenggelam timbul dalam media sosial apabila hanya fokus terhadap kerjaya. “Ramai mengetahui beberapa peristiwa yang berlaku kepada saya sebelum ini. Atas sebab itu saya pilih untuk kongsi mengenai kerjaya sahaja. Dahulu sampai hal di bilik tidur pun saya kongsikan yang kemudian menarik aura negatif. ‘Mindset’ saya sekarang hanya mahu kongsi benda berkenaan nyanyian. “Jika terlalu banyak mempamerkan hantaran berkaitan peribadi, saya rasa keadaan itu boleh mengundang kepada perkara negatif,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia (UMM), hari ini.
|
Mamidingdong replied at 29-8-2024 09:10 AM
Baru tau dia ni asal sabah..
dua_chzy replied at 29-8-2024 09:12 PM
Tengok nama ja sis. Keturunan Pelipin dia ni. Based on nama keluarga.
Mamidingdong replied at 29-8-2024 05:10 PM
Baru tau dia ni asal sabah..
antidote: Kejap tak nak buat konten kat ...
dua_chzy replied at 29-8-2024 09:12 PM
Tengok nama ja sis. Keturunan Pelipin dia ni. Based on nama keluarga.
sayurmayur88 replied at 30-8-2024 03:45 AM
ni lagi sekor yang palatao, orang nak komen dia pon nak komen.
pangkal nama dia tu "andi" keturuna ...
antidote replied at 29-8-2024 06:15 PM
Kejap tak nak buat konten kat umah, kejap tgk lah dulu. Mana satu.
Pastu posting ig caption “ikut ...
ADVERTISEMENT