CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Stesen TV Berhak Tarik Semula Gelaran Da’i – Amin Idris

3-9-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31533| Komen: 19

 

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris berpendapat stesen televisyen berhak untuk memutuskan untuk menarik semula atau tidak gelaran Da’i atau Pencetus Ummah bermasalah.

Memetik Utusan Online, Amin berkata keputusan tersebut terletak di bawah bidang kuasa stesen TV yang melahirkan program serta gelaran berkenaan.

“Kita kena semak dahulu, adakah gelaran ini satu bentuk pentauliahan atau pengiktirafan dalam bidang ilmu sehingga ada keperluan untuk ia ditarik semula.

“Sekiranya ada keperluan, pandangan saya, stesen televisyen berkaitan yang bertanggungjawab menarik semula gelaran berkenaan atau paling tidak membuat kenyataan rasmi mengenainya. Tanggungjawab ini bukan dipikul organisasi agama mahupun pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Amin berharap masyarakat tidak mudah pukul rata dan menyalahkan semua yang bergelar Da’i dan Pencetus Ummah disebabkan kontroversi melibatkan beberapa individu sahaja.


“Saya tidak nafikan, gara-gara kontroversi berkenaan, imej ilmuan dan agamawan lain turut tercalar. Sampai ada pihak masjid yang membatalkan jemputan mereka kepada sahabat-sahabat Da’i dan Pencetus Ummah disebabkan kontroversi berkaitan.

“Tapi saya harap, ma­syarakat tidak pukul rata, gara-gara satu atau dua individu, semua Da’i atau Pencetus Ummah dikata bermasalah. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,”katanya.


SUMBER: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoola 4-9-2024 12:46 AM
betul tu

sblm stesen tv declre, kami semua dh lucut dulu gelaran2 tu semua pd bangsat2 celaka xsedardiri bertopengkn syaiton nirrajim menjahamkan ummah!!!!

takbir!!!!!!
Quote Itzy 4-9-2024 12:56 AM
Orang lemah iman dan kurang ilmu agama je akan salahkan agamawan lain. Layak ke si syed ni jadi pendakwah islam? Bergelek menari, rambut panjang, ntah apa2.
Quote sangbara2020 4-9-2024 07:49 AM
iolls suka dgrnya....pasni kita panggil dia wukong jek...xde daie2 bagai
Quote Thunderclouds 4-9-2024 09:58 AM
Padan muka.
Dh org kita jgk yg taksub sgt ngn gelaran.
Dato datin ostard & the list goes on.
Ujung² kna bodo je ngn puak² ni.
Quote boongalalang 4-9-2024 10:02 AM
Masalahnya yang bukan juara sibuk pakai gelaran daie. Sepatotnya juara je layak
Quote kuzaime 4-9-2024 10:15 AM
Dia ni pun aritu naik jugak nama kat page pw tu kan..menggelupur sebab nama kena petik
Quote akuMNdia 4-9-2024 10:29 AM
wujud lagi ke rancangan daie / pencetus ummah ni?
Quote marchikobonzo 4-9-2024 02:36 PM
Masing2 nak lepas tangan..patut awal2 lagi kalau dah terpalit nama tu kena tarik balik gelaran tu
Quote emera 4-9-2024 02:46 PM
Itu bukan gelaran oiiiii!
Quote L.U.S.M 4-9-2024 04:40 PM
Edited by L.U.S.M at 4-9-2024 04:44 PM

KENAPA STESEN TV?

IN THE FIRST PLACE XDE SAPA PUN IKTIRAF TITLE TU

ITU REALITY SHOW BERBENTUK KONTEN AGAMA JE

CONTESTANTS MISS WORLD PUN TAHU MALU DIKKK
HANYA YANG JUARA JE PAKAI TITLE
TU PUN PAKAI IF ADA PROGRAM
IDOKLA LETAK "MISS WORLD" DALAM IG DIA
KO TGK SOO WINCCI TU

NAMA JE DIA LETAK KT IG  XDE TITLE MISS WORLD

KORANG2 JE FEELING2 NK PAKAI GELARAN TU SBB NK SENANG DPT JOB..PDHL KO SENDIRI TAHU XLAYAK PUN
PFFFTTT
Quote MatDeghem 4-9-2024 05:31 PM
Masaalah masyarakat juga yg akan jemput dai² dan ostad² jadi jadian bagi ceramah. Cawangan kerajaan juga sama...jemput penunggang² agama ini untuk majlis mereka. Salah sapa?
Quote misszazaz 9-9-2024 03:54 PM
elok la tu tarik balik
Quote Manusiabesa 9-9-2024 03:57 PM
Awal2 skli tlg tarik gelaran daie syed dgn pu rit.
Quote supernaturalee 10-9-2024 01:35 PM
mcm bdk2 af yg tak betul2 boom le jgk
kt blkg nama terus melekat AF

si wukong tu pun (merujuk kpd gelaran acik2 porem) sama lah jgk
ltk nm program yg die join kt nama dia dan melekat as stage name
sbb tak mampu nk up dgn nama sendiri
contoh marsha, mawi, stacy, hafiz, akim & few others alumni af yg blh diletakkan sbg established dh lama berdiri tanpa letak AF kt blkg nama msg2
yg mamat ni plk gelaran org2 agama yg diberi oleh stesen tv ni mmg org pandang tinggi
biar pun tak ramai yg tonton pun ms heol bertanding
tp disebabkan affiliated dgn agama, terus org pandang tinggi
syg la org look up utk sesuatu yg positif dan ilmu yg dia ada
tp disalah guna utk benda yg bukan2
again...bukan salah tv atau sape2
semua punca diri sendiri sbb pilihan utk meman+@+, menyodom org semua di tgn dia

kesimpulannya org kita kena nilai jgk ape yg dipaparkan
jgn main telan je duk sanjung tak tentu hala
Quote brunesss 10-9-2024 04:50 PM
sangbara2020 replied at 4-9-2024 07:49 AM
iolls suka dgrnya....pasni kita panggil dia wukong jek...xde daie2 bagai

saya dah awal2 pakat panggil dia syedtan
Quote hujanrindu28 15-9-2024 03:17 AM
Tak perlu ada rancangan mcm tu pun at first place. Tgk la skrg ramai menunggang
Quote Kacangmanis 15-9-2024 08:29 AM
Orang kita ni klu berkaitan agama mmg boleh mereng. Terang² si anu, si polan tu bermasalah tetap ja disembah, dipuja. Pasal tu kat malaysia ni antara cara nk kaya cepat jadi je penunggang agama. Pastu pungut derma infak alquran, jual telaga utk rakyat palestine 30 hinggit,   pungut derma  apa semua. Berdesup org derma. Try komen si pemungut derma tu menipu semualh pi hentam. Konon itu urusan dia dgn Allah yg penting  dah beramal. Apoooo.
Quote Minami2013 15-9-2024 08:41 AM
Program tu ok je. Cuma perlu tapis la peserta background tu ada ke ilmu agama nya, sijil etc. Kalau takat pandai bahasa arab je, atau pandai ckp psl agama je, tk layak sepatutnya.

Panggilan tu pun selayaknya diguna oleh juara je.
Quote anilanil 15-9-2024 09:09 AM
Edited by anilanil at 15-9-2024 09:15 AM

Kalo tarik balik gelaran semua bole settle ke? Yg penting skrg kalo stesen tv nak sgt join jadi penunggang agama diorang kena come out dgn guidelines yg ketat utk tapis peserta. Ini guidelines pon ada ciri2 marketing cari yg muka bole jual (muka badboy). Ingat yg btol2 ustaz ada gaya cenggitu ke? Stesen tv la punca. Semua umat islam ni ada tanggungjawab utk sebarkan agama. Ingat daie, PU je ke? Nak tunggang sgt agama utk create new market niche. Nak sgt bagi naik rating. Berlumba2 dgn stesen tv lain. Niat pon ada ciri2 tamak rating, marketing move, nak expect good outcome? Org gila mana yg cetuskan idea jadikan program agama sebagai perlumbaan pertandingan? Nak sgt buat bole, tapi tanpa hadiah, tanpa ranking juara, naib juara semua. Semua peserta yg masuk semua dpt elaun je. Masing2 share ilmu sahaja.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.105006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top