Penyanyi Noraniza Idris mengakui jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas selama tiga hari gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert berkenaan. Menurut Ratu Irama Malaysia itu, selain jualan tiket terjejas, dia turut berdepan dengan kecaman negatif dalam media sosial. “Reputasi saya terjejas apabila isu ini disebarkan sehingga menyebabkan jualan tiket konsert saya terjejas selama tiga hari. “Orang tuduh saya jahat. Agak teruk juga makian dan kecaman yang diterima ketika saya bersiaran langsung di TikTok. Orang yang hormat kita terus berubah sikap mereka. “Kalau ikutkan hati, memang saya ingin maafkan sahaja. Tetapi jika saya terus berdiam, orang akan berulang kali ambil kesempatan. “Saya sedang berbincang dengan keluarga tentang isu ini, jadi tunggu sahajalah,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar program Keretapi Sarong di sini sebentar tadi.
Noraniza, 56, sebelum ini terpalit kontroversi selepas timbul dakwaan dia memecat Anwar Rusdini yang sebelum ini bertindak sebagai pengarah persembahan dan penulis skrip konsert Qalam Noraniza Idris. Penyanyi lagu Dikir Puteri itu bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan individu berkenaan menarik diri dan meninggalkan ‘group’ WhatsApp secara tiba-tiba. Dalam pada itu, Noraniza mengakui kesal dengan sikap tidak profesional Anwar yang menyebarkan perkara dalaman produksi di media sosial tanpa perbincangan secara baik. “Dia tidak profesional, tidak sepatutnya isu ini dia sebarkan dalam media sosial, seharusnya jumpalah saya secara berdepan. “Apapun saya tidak meletakkan harapan agar dia tampil berbincang masalah ini. Dia yang buat keputusan untuk tarik diri jadi, terpulang kepada dia jika hendak selesaikan hal ini. Paling mengecewakan apabila dia memilih untuk selesaikan hal ini di media sosial. Itu ibarat memfitnah. “Dia kena hentikan tindakan memburukkan saya, bukan sahaja di media sosial, tapi juga kepada orang-orang yang dekat dengan saya,” jelasnya yang akan mengadakan konsert Qalam Noraniza Idris pada 27 sehingga 29 September ini di Panggung Bangsawan Melaka. Sementara itu, Noraniza turut diundang sebagai penyanyi utama acara Keretapi Sarong yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia (16 September). Lokasi utama acara yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat tradisi tempatan itu bagaimanapun masih dirahsiakan sehingga pada hari acara pada 14 September ini. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Sementara itu, Noraniza turut diundang sebagai penyanyi utama acara Keretapi Sarong yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia (16 September).
Lokasi utama acara yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat tradisi tempatan itu bagaimanapun masih dirahsiakan sehingga pada hari acara pada 14 September ini.
fattymah replied at 4-9-2024 09:30 AM
Sapa p melaka tgk la theater Encore Melaka tu.. anak iols p dengan kekawan best giler
BoongaKertas replied at 4-9-2024 08:34 AM
konsert yg haritu tertunda tu ke? ke konsert baru plak? ok confuse.
ADVERTISEMENT