CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Membesarkan Anak Seorang Diri Sejak 15 Tahun Lalu. Mati Nanti Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta” – Rita Rudaini

4-9-2024 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7501| Komen: 7

 


Semalam perkongsian pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila meluah rasa bengang susulan portal menggunakan tajuk ‘Anak Lagenda JDT’ berkenaan kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin.

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Rita menegaskan dia membesarkan dua anaknya seorang diri sejak 15 tahun lalu dan tidak perlu mengaitkan dengan pihak lain.

“Saya membesarkan anak seorang diri sejak 15 tahun lalu. Kalau setakat nak tulis dan kaitkan dengan orang lain, tak perlu. Mati nanti pun berbintikan nama mak. Ini fakta!” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Rita berkata dia akan sentiasa ada untuk dua anaknya, Ryan dan Arjuna meskipun dalam susah dan senang serta tidak akan lari daripada masalah.

 


“Kalah atau menang, berjaya atau tidak, buruk atau baik. Kami selalu ada untukmu Ryan dan Arjuna. Susah atau senang, mommy selalu ada untukmu anak-anak. Ada masalah atau tidak, jangan risau mommy takkan cabut lari. Mommy akan tetap ada hingga ke akhir hayat mommy. Itu janji mommy pada Allah,” katanya.


Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharfox 5-9-2024 12:04 AM
Gi court tukar bin anak tu jadi Bin Dollah Singkong...so lain kali xda la berita tulis anak lagenda JDT...diorang akan sebut anak Dollah Singkong. Nak tunggu berbinkan emak, kena tunggu mati la, habih kalo hidup lagi 50-60 tahun kurang2 ada gak la Bin Dollah Singkong.
Quote manop 5-9-2024 12:13 AM
Move on lah...kena petik sket menggelupor. Org lain cerai gak tp tak lah sampai level sakit jiwa cam hang nii...

Next.. kahkahkah
Quote hujanrindu28 15-9-2024 03:15 AM
Ujian dia jadi single mother. Ujian kita pulak tengah menahan jari nak memaki
Quote Orenn1 15-9-2024 03:56 AM
Terpaling single mother phull
Quote virgocircus 15-9-2024 05:14 AM
Netizen pun kemain komen...kan acik rit dah triggered. Acik rit kalo xgadoh dgn netizen xlengkap hidup dia. Xyah layanlah komen2 troll tu.. komen yg puji pun byk.
Quote Kacangmanis 15-9-2024 08:16 AM
Sudah²lah mak jan. Penat aku dgn ko ni.
Quote EncikRhoma 15-9-2024 09:21 PM
Ingatkan India mana tadi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.041252 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top