CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki pukul, tarik tudung isteri sampai tercabut di kedai

4-9-2024 07:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35872| Komen: 3

 


JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang kecaman ramai kerana memukul dan menarik tudung isterinya sehingga tercabut, selepas wanita itu merajuk tidak dibelikan gincu, lapor saluran berita Liputan 6 semalam. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @vhiras5 memaparkan wanita tersebut meminta suaminya membelikan gincu yang dijual di hadapan kaunter pembayaran sebuah kedai serbaneka.

Dia kemudian meninggalkan suaminya, seolah-olah ‘merajuk’ selepas permintaannya ditolak.

Berang dengan reaksi itu, si suami selamba memukul dan menarik tudung isterinya sehingga tercabut di khalayak ramai. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih satu juta tontonan dengan rata-rata netizen berang melihat  perbuatan tersebut. – AGENSI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 5-9-2024 09:17 AM
teruknye
Quote fanaz82 5-9-2024 12:24 PM
kalau ye pun bergurau, agak2 la. ni sampai menjatuhkan maruah si isteri
Quote BoongaKertas 5-9-2024 02:00 PM
kemain jantan tu. lembik betul pukul wife. yih!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.024367 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top