CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Job Lepas Berhijab, Angeline Tan Percaya Rezeki - “Jika Dahulu Saya Banyak Berlakon Watak Berbangsa Cina"

10-9-2024 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39247| Komen: 16

 

Pelakon Angeline Tan mendedahkan dia tidak menerima tawaran berlakon sejak bertudung hampir setahun lalu serta menganggap ianya sebagai ujian buat dirinya.

Memetik Media Hiburan, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah berkata merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai dengan imejnya yang sudah berhijab dan seorang mualaf.

“Saya memang kurang menerima tawaran berlakon selepas bertudung. Issey Fazlisham panggil saya berlakon di dalam drama Perang Nasi Dagang pun kerana suami saya.

“Jadi, untuk tawaran serius berlakon memang belum ada lagi. Saya masih nak berlakon. Mungkin agak susah untuk mereka cari watak sesuai untuk saya.

“Jika dahulu saya banyak berlakon watak berbangsa Cina tapi kini kalau saya berlakon, satu keluarga perlu jadi Cina Muslim,” katanya.

Sementara itu, Angeline berkata waktu luang ini boleh dimanfaatkan untuk mendalami ilmu agama serta mengakui janggal kerana dia sudah biasa sibuk bekerja.


“Bila tiada tawaran memang pelik sedikit tapi saya okay sahaja. Sebagai contoh, TV Al Hijrah tiba-tiba buat rancangan tv untuk saya. Saya anggap mungkin inilah masanya untuk saya belajar perkara baharu. Kalau sibuk, agak susah saya nak pergi kursus.

“Bulan Julai lalu, saya sepatut ada kursus agama dengan MAWIP tapi disebabkan program ini, saya terpaksa tangguh dan tunggu intake baharu,” katanya.

Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 10-9-2024 05:04 PM
dulu kan dia selalu berlakon dalam cerita Cina. paling suka dia berlakon drama Baba Nyonya kat tv Singapore. sekarang dah pakai tudung, susah sikitla gamaknya.
Quote alesandra 10-9-2024 05:21 PM
Masalah dia ni bila ckp melayu masih kuat slang cina tu.jadi watak terhad la.mungkin watak mak2 jela..mak mualaf?
Quote Kurex 10-9-2024 05:23 PM
sheols ni antara cina yg cantik dan bukan jenis muka cina bukit. dah berumur pun cantik..
Quote oggy 10-9-2024 05:35 PM
Kurex replied at 10-9-2024 05:23 PM
sheols ni antara cina yg cantik dan bukan jenis muka cina bukit. dah berumur pun cantik..

Kan, makeup nipis2 je pun lawa.. nampak bersih je muka dalam gambar atas ni
Quote fazamania 10-9-2024 05:54 PM
Cantiknya. Muka dia x mcm muka wanita cina yg biasanya aku lihat.
Quote surihatilara 10-9-2024 07:43 PM
Jia you, kaka. Kalau Mandy Chong yang belum revert pun dah 2 drama mandarin tv2 i tgk dia berlakon jadi reverts siap pakai tudung lagi, apatah lagi kaka yang cantik dah revert.

Kalau chinese production house tak amek kaka, yang malay punya ada. Sama macam kaka cakap, tunggu rezeki sampai.
Quote Shayang 10-9-2024 08:11 PM
Insya Allah ada nnt tu watak yg sesuai maybe betul gak salah satu sbb dia pelat cina
Tak sefasih liz tan, nancy foo bagai tu so terhad le watak. Balik2 kena jd cina gak.
Quote barto 10-9-2024 10:12 PM
Spill the skincare sis!
Quote I.K.A888990 10-9-2024 10:57 PM
oh ingatkan yg drama x-change tu baru shooting
papepun suka tgk aunty ni..gigih follow igs dia semata nak tgk
Quote gigahertz 11-9-2024 02:13 AM
fanaz82: dulu kan dia selalu berlakon dalam cerita Cina. paling suka dia berlakon drama Baba Nyonya kat tv Singapore. sekarang dah pakai tudung, susah sikitla  ...

dia jadi ibu ayam atau bini tauke gangster mmg sesuai.
bila dah mualaf ni tak boleh watak gitu .
sama macam adam corie. dia dah mualaf pun i masih terbayang2
dia punya muka gangster tu
Quote orangbiasaje 11-9-2024 04:09 AM
xpe la, maybe bagi peluang utk ada masa ikuti kursus agama. Ramai Muslim artid yg terima banyak job pun ada konar menyimpang dari agama...
Quote clueless_gamer 11-9-2024 07:11 AM
aku teringin nak tengok dia jadi mak datin dlm kisah anak papa mengah holding pepetang tu.. tok sabri yunus pun boleh je jadi business tycoon character.. org lama ni berlakon elok tak kejung
Quote sleepandream 11-9-2024 06:45 PM
kerja belakang tabir pun okey apa... iols suka tengok filem butak arahan laki sheols...
such a good film!
Quote hujanrindu28 15-9-2024 02:31 AM
She so pretty ya
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:04 AM
Terbaik
Quote hayati_soraya 16-9-2024 01:09 PM
kemas je dia pakai tudung. suka tgk dia berlakon

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.028691 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top