CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cerita Berat Atau Main Emosi Saya Elakkan, Takut Cepat Mati” - Che Ta

10-9-2024 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39489| Komen: 109

 


Pelakon terkenal Rozita Che Wan, yang lebih mesra dipanggil Che Ta, semakin jarang muncul di kaca televisyen, namun dia menegaskan bahawa situasi tersebut bukanlah petanda bahawa dia akan bersara daripada dunia lakonan.

Sebaliknya, pada usia 51 tahun, Che Ta memilih untuk lebih selektif dalam menerima tawaran, khususnya genre yang ringan dan tidak memberi tekanan.

Rozita menjelaskan bahawa keputusannya untuk mengurangkan penglibatan dalam drama bukanlah kerana ingin mengundurkan diri, tetapi disebabkan komitmennya yang semakin bertambah dalam menguruskan perniagaan dan keluarga.

“Kurang berlakon bukan sebab saya nak berundur, cuma mungkin kebelakangan ini saya semakin sibuk mengendalikan bisnes dan menguruskan keluarga,” ujarnya.

Bintang drama popular Kiah Pekasam itu juga menyatakan bahawa dia sudah lama menjadi lebih selektif dalam memilih naskhah yang ingin dilakonkan.


 

“Sebelum ini pun saya agak selektif pilih genre sesuatu naskhah yang menyebabkan kelibat saya boleh dikira dengan jari muncul di kaca televisyen,” katanya.

Namun begitu, Che Ta menegaskan bahawa sikap selektif ini bukanlah bermaksud dia cerewet, sebaliknya lebih kepada menjaga kesihatan mental dan fizikalnya.

“Saya bukan cerewet tapi selesa beraksi dalam naskhah ringan atau komedi. Cerita berat atau main emosi saya elakkan, takut cepat mati,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata, Che Ta juga mengakui bahawa isu bersara pernah dibincangkan dalam keluarganya. Anaknya yang sulung, Ammar Effendy, pernah menyarankan agar dia berehat selepas bertahun-tahun aktif di set penggambaran.

Namun, Rozita menjelaskan bahawa permintaan tersebut belum dapat dipenuhi buat masa sekarang kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia lakonan masih utuh.

“Memang anak saya pun minta saya pencen awal, mungkin sebab tengok saya sibuk uruskan perniagaan dan dalam masa sama sesekali ada juga masuk set penggambaran.”

Walaupun terpaksa menolak tawaran drama rantaian 60 episod kerana kesibukannya, Che Ta tidak menafikan keinginannya untuk terus berlakon selagi terdaya.

“Tunggulah beberapa tahun lagi. Selagi terdaya saya tetap nak berlakon, rasai suasana meriah di lokasi penggambaran dan bekerja dengan mereka yang sama-sama cintakan industri seni,” tambahnya.

Sumber – Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milafida 10-9-2024 09:21 PM
Ingatkan dato vida tadi
Quote razzia 10-9-2024 09:25 PM
dah muka mak
dia dah sekarang
Quote noah8670 10-9-2024 09:35 PM
jujurnya saya sendiri tak igt mana2 drama / filem yg cekta lakonkan selain Diari Ramadhan Rafique..
Quote JunkMail 10-9-2024 09:36 PM
Dah kenapa muka cheta macam bamjat pulak
Quote kechikchomel 10-9-2024 09:42 PM
Iyaaa...iolss masuk sini semata² nak komen lain muka Che Ta
Quote mrsbale 10-9-2024 09:46 PM

Lah.. cheta tanpa bulu mata pelsu mcm bamjad rupanya..
Quote menjad 10-9-2024 09:48 PM
Dah macam rupa bonda rozita pulak dah
Quote irvene 10-9-2024 09:54 PM
mungkin i tidak sependapat dgn acik2 porum yg lain. dia dari muda tidak lah lawa pun. mybe not my taste.
Quote delia3003 10-9-2024 10:02 PM
Edited by delia3003 at 10-9-2024 10:04 PM

Terkezut tengok muka che ta nampak lain, keras kejung semacam je.
Quote cahayamataku 10-9-2024 10:02 PM
Ingatkan bangjat tadi sbb tak baca tajuk
Quote honeystar_11 10-9-2024 10:04 PM
Mmg kene bagi tebal makeup bahagian mata tu nampaknya
Quote alesandra 10-9-2024 10:10 PM
Ingatkan sajat dah pakai tudung
Quote miss_perfect 10-9-2024 10:15 PM
JunkMail replied at 10-9-2024 09:36 PM
Dah kenapa muka cheta macam bamjat pulak

Ya Allah, I ingat I sorang rasa camtu... Tadi dah masuk tapi I tak nak komen lagi sebab terfikir, mata aku kero ke?
Quote gideoncross 10-9-2024 10:18 PM
Edited by gideoncross at 10-9-2024 10:20 PM
JunkMail replied at 10-9-2024 09:36 PM
Dah kenapa muka cheta macam bamjat pulak

Dgn segera iol mnscroll balik ke ats utk mnengok gegambar sheol smula
Quote gideoncross 10-9-2024 10:19 PM
alesandra replied at 10-9-2024 10:10 PM
Ingatkan sajat dah pakai tudung

Klau Sajat pakai tudung, meletuplh stu forum Cari
Quote akido_kido 10-9-2024 10:20 PM
Baru 51 cikta rilekla.dekat hollywood 51 tengah laku keras.70an pun ramai lagi berlakon otai2 lama
Quote jihyomelly 10-9-2024 10:44 PM
masa promote lipstick nampak bibir bengkak terjuih..muka pun mcm bangjad..
Quote sharlenetexas 10-9-2024 10:49 PM
Lainnya muka gambar kat atas. Mcm bangjat.


Quote aint 10-9-2024 10:53 PM
kembar bamjat

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042752 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top