CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Saya & Isteri Akan Ambil Tindakan Semaksimumnya” – Bapa Bayi Lapan Bulan Maut Di Tangan Pengasuh Taska

12-9-2024 07:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35028| Komen: 74

 


Bapa bayi lapan bulan yang maut selepas dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal oleh pengasuhnya, Muhamad Al Fateh Amri akan memastikan semua pihak bertanggungjawab di atas tragedi yang berlaku.

Menerusi Facebook, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abd Halim, 39, melalui penulisannya menegaskan bahawa dia dan isteri, Sabrina Hakiem Zaini, 39, akan menuntut bela atas kematian bayi mereka

"Kami akan ambil tindakan undang-undang semaksimumnya supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang lain supaya tiada lagi anak-anak taska lain menjadi mangsa korban seterusnya."

Mohd. Fikry Amri  turut memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatian dengan apa yang menimpa keluarganya itu selain turut memohon agar orang ramai mendoakan dia dan isteri terus kuat.


 

"Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, nanti di akhirat kelak kita semua akan dihisab di hadapan Allah”, tulisnya.'


Sumber : Sinar Harian, Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 12-9-2024 07:54 PM
Moga ada yang menggembirakan dari semua ni.

Kesian baby Fateh.
Quote Freezfrozen 12-9-2024 07:58 PM
Nk nages tgk gmbo ngn bby senyum ceria tu.. Allahuakhbar.. jahatnye manusia..
Quote B40tastePosh 12-9-2024 08:12 PM
Sedih betul...bertahun tahun pasangan ni tunggu nak dapat anak...kesian tengok maknya menangis.

Sampai hati weyh....makcik2 babysitter dulu2 bela elok je
Quote emma.giggs 12-9-2024 08:15 PM
Smg dimudahlan urusan
Quote mrsamz 12-9-2024 08:21 PM
Orang zaman sekarang mmg takde hati perut dan perasaan.. Sory nak cakap.. Memang aku banyak sangka buruk dengan golongan yg gaji bare minimum ni.. Dengan education pun tak seberapa.. Mmg target kepala otak dia nak lepas kan diri dapat gaji hujung bulan je.. Kerja tu buat elok ke tidak.. Ada unsur aniaya ke tidak.. Dia tak akan kisah langsung.. Ini yg kita dapat hasilnya lah.. Jaga baby tu takde rasa belas kasihan dah.. Dideranya aje budak sekecik itu.. Mana pergi rasa kasih sayang.. Takde
Quote sfrnna 12-9-2024 08:39 PM
Aduhai comelnya arwah. Harap parent nya tabah lebih2 lg ibunya. Meols tgk interview mak baby yg meninggal tahun bila tah beberapa hari lepas sedih gila. Beg baby tu still ada, x bg sapa sentuh pun. Cium bila teringat, kadang bawak tidur..
Quote degrandlite 12-9-2024 08:44 PM
Comelnya arwah.. sampai hati buat kat baby camtu. Moga keadilan setimpalnya dikenakan ke atas pelaku
Quote lanacondor 12-9-2024 08:57 PM
Patut taska2 ni ambil pengasuh yg dah ada pengalaman mengasuh budak2. Sb yg tua2 ni jenis sabar handle bdk. Ni bg yg muda2 lepasan spm kdg. Mana la nak ada sabarnya ngadap budak kecik2. Kalau nenek2 kita dlo mrh sikit pon dah takot. Ni bg pengasuh muda2 ikut baran je.
Quote cap_ayam 12-9-2024 09:02 PM
Cantiknya Al Fateh.. mesti rindu sangat parents ni dengan arwah baby. Semoga parents ni Allah rezekikan untuk pregnant lagi.
Quote cmf_jeangrey 12-9-2024 09:22 PM
Allah comelnya anak

Yep..saman all the way..drpd penjaga, ke taska, ke jabatan yg kawal selia operasi taska..utk baby fateh dan baby2 lain yg jadi mangsa

Quote intan244 12-9-2024 09:32 PM
macam mana tau kena tekup bantal. mmg niat membunuh ke
Quote Tiggybiru 12-9-2024 09:40 PM
Comel sgt gambar tu
Betul, kena ada tindakan undang2 utk elakkan benda ni berlaku semula
Banyak kali sgt dengar
Quote noah8670 12-9-2024 09:41 PM
kesiannya baby ni
Quote otai_g 12-9-2024 09:47 PM
Kalo da ada kematian ni da Kes bunuh. Kes bunuh mn ada yg ringan. Kurang2 jail 20 tahun.
Quote Glass_shoes 12-9-2024 09:57 PM
intan244 replied at 12-9-2024 09:32 PM
macam mana tau kena tekup bantal. mmg niat membunuh ke


Tengok CCTV
Quote Melanie91 12-9-2024 11:12 PM
Lalu kat tiktok baby comel gelak mengekek2... ai terpilir comel nya baby ni.. anak sape lah.. pastu baca caption, la anak abg yg tunggu 14tahun n baby meninggal ni ke. Sedih pilunya ai rasa. Kita yg tgk 5 saat mcm tu pun rasa nak ulang2 tgk. Tambahan dia, anak kandung dua sendiri. Mesti berat rindu tu.
Quote Melanie91 12-9-2024 11:13 PM
Hebat.  
Mejar
Ir.
Ts.
3 tittle dia
Quote naina 12-9-2024 11:16 PM
Comel gila baby ni..ada video dia gelak2 aduhai..semoga tabah dan kuatlah ibunya..betolla nak cari pengasuh pun kena yang ada pendidikan tinggi. Up bringing yang bagus. Carilah suri2 rumah yang ada ijazah..bukan belajar xhabis atau kelas belakang kuat bercinta..kena tengok2 juga profile FB dia ke..
Quote makadek 12-9-2024 11:16 PM
bukan biasa2 ir rupanya

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.034538 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top