CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sertai Program Muzikal Lawak Superstar 4, Puteri Sarah Nak Jadi Pelawak?

12-9-2024 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32998| Komen: 21

 


Biar betul Puteri Sarah Liyana jadi pelawak? Kalau tak percaya, korang boleh tengok sendiri persembahan Puteri Sarah bersama Mamak Puteh dan Ilham Abata di program Muzikal Lawak Superstar 4.

Difahamkan, untuk musim kali ini, MLS 4 tampil dengan kombinasi pempengaruh media sosial, pelakon dan pelawak popular.


Antara nama yang akan memeriahkan pentas MLS 4 adalah pelakon Harris Annuar, Eric Fuzi, Zulin Aziz, Puteri Sarah Liyana, Nadz Sally dan Isyariana.

Manakala pempengaruh media sosial pula disertai Aretoy, Tajuddin Bakar, Yah Kucai dan Acap S. Fuh, mesti gempak habis!


Rancangan ini akan bersiaran langsung bermula 22 September pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Arena.

Juara MLS 4 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi. Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM 75,000, RM 50,000 dan RM 25,000.


Sumber : Oh Media



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 13-9-2024 10:30 AM
0 komen?

isu naik court panas je thread
psl aktiviti seni.. mcm who cares???

sian
Quote AnnaSendin 13-9-2024 11:00 AM
Haruslah bingit equivalent to lawak
Quote Perawankota 13-9-2024 01:28 PM
Host dia harith iskandar kan kali ni?
Quote kaseh80 13-9-2024 01:30 PM
Low klas ngat
Quote kerani_je 13-9-2024 01:40 PM
Perawankota replied at 13-9-2024 01:28 PM
Host dia harith iskandar kan kali ni?

Harith tu bukan juri ke bertiga dgn jobless n sepul apek? Host x pasti la siapa..Lagipun harith ni tak ada daya penarik nk jadi host rancangan lawak kmpung gini..Acik kmpung B40 mana minat dia n tak faham pun lawak dia..Even nk jadi juri pun entah die faham ke idok lawak bodoh kmpung bingit2 tu, die kn lawak urban acah2 educated..Silap2 semua peserta dpt markah rendah sbb tak sama level dgn lawak die taraf internasional tu siap dpt award..
Quote Perawankota 13-9-2024 04:53 PM
kerani_je replied at 13-9-2024 01:40 PM
Harith tu bukan juri ke bertiga dgn jobless n sepul apek? Host x pasti la siapa..Lagipun harith ni ...

Ooo juri… nasib baik bukan host… tapi mesti x se best yg before this
Quote Jikookie 13-9-2024 06:33 PM
Ada org tgk ke rancangan ni?
Quote Binderclips 13-9-2024 09:59 PM
kerani_je replied at 13-9-2024 01:40 PM
Harith tu bukan juri ke bertiga dgn jobless n sepul apek? Host x pasti la siapa..Lagipun harith ni ...

Harith dan jobless hanya layan komedi us dan uk je. Komedi malaysia x sesuai dgn tahap education diorg. Entah faham ke tidak dgn lawak peserta yg setakat bg pick up line dan membahan org je.
Quote Binderclips 13-9-2024 10:00 PM
Jikookie replied at 13-9-2024 06:33 PM
Ada org tgk ke rancangan ni?

Ada org nk tgk antaranya fans anna. Fans anna paling excited nk tgk anna bg komen setiap minggu.
Quote msdummy.2018 13-9-2024 11:07 PM
Aku xfhm mcm nelah si jobless ni leh terpilih jd juri...mcm siti saleha thn lagi..dia dh lama dlm industry....dh kenapa ko xpngl nabila huda ke, noor khiriah ker, sherry pun ok
Quote Jikookie 13-9-2024 11:19 PM
Binderclips replied at 13-9-2024 10:00 PM
Ada org nk tgk antaranya fans anna. Fans anna paling excited nk tgk anna bg komen setiap minggu.

Ohhh dia dah la ramai gila peminat. Mesti tinggi rating rancangan ni nanti dek fans anna termasuk la fans dari indonesia
Quote kerani_je 13-9-2024 11:37 PM
msdummy.2018 replied at 13-9-2024 11:07 PM
Aku xfhm mcm nelah si jobless ni leh terpilih jd juri...mcm siti saleha thn lagi..dia dh lama dlm in ...

Rancangan lawak asteruk kn memang dari dulu panggil retis cantik top jadi juri..Dari time maharaja lawak mega dulu lagi..Diorang mcm penarik je nk bagi org tengok walaupun entah apa yg je diorg komen..Dulu lisa suri, nora danish, luna maya, diana danielle, fazura, uqasha n ramai la pernh jd juri..ikut peredaran masa siapa yg pelakon femes time tu..
Quote L.U.S.M 14-9-2024 08:05 AM
Masalahnya ko ni bingit nyahhh..suara pun xsedap
Quote ReginaGeorge 14-9-2024 01:47 PM
Perangai pun macam pelawak. Sesuai sgt. Boleh overshadow jobless.
Quote Binderclips 14-9-2024 03:31 PM
ReginaGeorge replied at 14-9-2024 01:47 PM
Perangai pun macam pelawak. Sesuai sgt. Boleh overshadow jobless.

Confirm team PS blh sampai final sbb jobless dan PS dlm 1 management kn?
Quote Binderclips 14-9-2024 03:32 PM
Jikookie replied at 13-9-2024 11:19 PM
Ohhh dia dah la ramai gila peminat. Mesti tinggi rating rancangan ni nanti dek fans anna termasuk  ...

Fans indo tgk MLS dlm tiktok je bukan melalui astro pon. Tp fans indo blh mengundi utk bantu anna menang bintang paling popular abp tahun ni
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:38 PM
Tolong jangan. So cringe
Quote mzzenma 14-9-2024 06:47 PM
Bior ler dah memang keje sheolls pelakon. Sedangkan pelakon omputeh yg first class pun ada je berlakon cite bodoh2..whatever pays the bills gitohhh

Quote wanie_aq 15-9-2024 06:06 AM
Chuolsss..jobless tu siapa?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.046493 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top