CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

766 Web Lucah Disekat Termasuk ‘Hasil Tangan’ Anak Tempatan - SKMM

28-12-2015 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15822| Komen: 53


Oleh : Dean BZ


Melayari laman sesawang lucah kini ibarat "hobi" sesetengah pelayar internet seluruh dunia, lebih membimbangkan lagi rakyat negara kita turut terlibat dalam kancah gejala tidak sihat ini.



Memetik dari laporan Metro Ahad baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 766 laman sesawang lucah termasuk 209 ‘hasil tangan’ anak tempatan sehingga minggu pertama November tahun ini.

Jumlah itu adalah lebih banyak berbanding dengan hanya 109 laman sesawang lucah yang disekat oleh pihak SKMM sepanjang tahun lalu. Tindakan sekatan terhadap laman sesawang lucah itu jelas meningkat, sekali gus membuktikan komitmen suruhanjaya itu dalam membanteras gejala laman sesawang lucah.


Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata, peningkatan tindakan sekatan itu adalah hasil penguatkuasaan berterusan pihaknya bagi mengekang kegiatan penyebaran gambar dan video lucah menerusi rangkaian Internet.


“Jumlah ini (209 laman sesawang lucah kendalian tempatan) yang disekat tahun ini agak besar berbanding empat kes diambil tindakan sama tahun lalu.

“Malah, peningkatan jumlah laman sesawang lucah luar negara sebanyak 557 yang diambil tindakan sejak Januari tahun ini jelas menunjukkan peningkatan berbanding 105 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Beliau berkata, pihaknya serius membendung kegiatan jenayah itu apabila enam individu yang menghasil dan mengendalikan laman sesawang lucah sudah diberkas sejak 2014 hingga Oktober tahun ini.


Penulis turut dimaklumkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, selain menawarkan video-video lucah dari pelbagai negara untuk tontonan pengguna, terdapat juga iklan-iklan jualan alat bantuan seks dan perkhidmatan pelacuran secara atas talian. 

Lebih kejam, ada yang menggunakan laman sesawang lucah sebagai platform memuat naik video serta gambar lucah yang memaparkan wajah bekas kekasih atau individu yang dibenci. Tujuan utama adalah untuk mengaibkan individu tersebut. Ini amat membimbangkan dan akan merosakkan moral serta akhlak remaja jika laman sesawang lucah ini tidak dibendung hingga ke peringkat akar umbi. 


Syabas buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas usaha membanteras web lucah. Pesanan penulis buat pembaca entri ini, janganlah sesekali kita terjebak menonton web lucah kerana kesannya amat besar hingga boleh mendorongkan diri ke arah seks bebas dan jenayah rogol. Mari hidup bebas tanpa web lucah! - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.




19

Bagus
5

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 28-12-2015 04:58 PM
walaupun tak terdaya nak tutup semua ... tapi meols ucapkan tahniah atas segala usaha ....

yang lokal tu xde tindakan ke/
Quote ohnoLia 28-12-2015 05:00 PM
damian_lee replied at 28-12-2015 04:58 PM
walaupun tak terdaya nak tutup semua ... tapi meols ucapkan tahniah atas segala usaha ....

yang l ...

Tahniah....
Quote Maideen. 28-12-2015 05:04 PM
Yang hasil tangan anak tempatan tu dia pi upload video Al Fadil Ostad Tuan Haji Mustafa '8xl' Ali, Setia Usaha Agong Parti Islam SeMalaya ke?
Quote dino 28-12-2015 05:05 PM
bknnya takleh bypass
Quote dino 28-12-2015 05:05 PM
bknnya takleh bypass
Quote CiliPadiSedap 28-12-2015 05:09 PM
dino bypass nak tengok blue je ke? kasihan otak kuning
Quote black-widow 28-12-2015 05:13 PM



bypass camne bro. pm
Quote comel91 28-12-2015 05:19 PM
Malayari

TT dulu grad dari sekolah malayalam ke?? huhu...
Quote dino 28-12-2015 05:32 PM

tukar je la dns tu...
Quote red_cattleya 28-12-2015 05:36 PM
takut budak2 hingusan yg dok melayan bnd2 gineh..bagus, teruskan usaha.
Quote kelapaparut 28-12-2015 05:37 PM
dino replied at 28-12-2015 05:32 PM
tukar je la dns tu...

Dns tu ape..
Quote dino 28-12-2015 05:50 PM

domain name system....
using google dns just enough utk bypass website kena block tu.... no need trick byk sgt pun
Quote dino 28-12-2015 05:58 PM
Maideen. replied at 28-12-2015 05:04 PM
Yang hasil tangan anak tempatan tu dia pi upload video Al Fadil Ostad Tuan Haji Mustafa '8xl' Ali, S ...

benci maksiat wpun dlm hati....
Quote Rynaf 28-12-2015 06:02 PM
nak bypass guna vpn pon boleh..slalu guna utk torrent...
Quote Jerambut 28-12-2015 06:51 PM
Dulu aku sekolah menengah tiada la tahu bgimana benda2 gini...
bukan baik. Pasal memang takder jalan... ramai pun budak sekolah gitu...
Yg dapat tengok mesti ada cerita tambahan... bapak kantoi simpan video dlm almari...
ngam dgn tokeh video...dll dll...
Sekrang koh koh koh.... walaupun aku tak tahu...aku sure 100% budak2 share video blues
dlm phone bawak pegi sekolah.
Eleh, bukan nak kena bawak video VHS pun.
smartphone je.
Quote matamata 28-12-2015 06:58 PM
Dahla rokok mahal....website blue pulak kena sekat.....

Kalau kena tax agak2 open balik tak....?
Quote azharariff 28-12-2015 07:05 PM
takda makna pun sekat2 ni suma kalau boleh bypass dgn senang, motif?
Quote Maideen. 28-12-2015 07:08 PM
dino replied at 28-12-2015 05:58 PM
benci maksiat wpun dlm hati....

Hahaha..."Kita musti melawan kemungkaran. Tak dapat melawan dengan tangan kalu, kita lawan dengan kaki ka apa ka, tak dapat jugak kalu kita lawan dengan hati. Itulah selemah lemah iman!"

Hadirin yang mendengar merasa kagum dan bertakbir.


Last last kantoi mengesek dengan pasangan rambut kaler kaler sesambil pegang spender besar! Hahahaha

Quote fredbok87 28-12-2015 07:31 PM

kannn .... sekat pi la mcm mana pun... tetap ado alternatip guna vpn pun voleyyyy

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064048 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top