CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elak salah faham, Syamel kongsi semua rahsia dengan Ernie - “Kami kena kongsi semuanya sebab kalau tak cakap susah"

9-10-2024 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23229| Komen: 12

  


Bagi mengelak salah faham, penyanyi Syamel berkongsi semua perihal hidupnya dengan isteri, Ernie Zakri memandangkan mereka bekerja dalam industri sama.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 31, mahu lebih berjaga-jaga memandangkan pelbagai kisah rumah tangga melibatkan selebriti terjadi kebelakangan ini.


“Kami kena kongsi semuanya sebab kalau tak cakap susah sebab kami dalam industri sama. Risau pula pasangan dengar cerita daripada orang lain.

“Jadi, lebih baik kongsikan semua perkara. Sekarang pula banyak benda berlaku terhadap pasangan selebriti.

“Itu membuatkan kami sentiasa berhati-hati dan menjaga perasaan pasangan dengan lebih baik,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Selain itu, pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu turut mementingkan komunikasi dengan menerapkan perbincangan bersama Ernie agar lebih saling memahami antara satu sama lain.

“Komunikasi itu penting, jadi kami sentiasa berkomunikasi dengan duduk bersama dan berbincang.

“Kami juga perlu saling memahami sebab kerja sebagai penyanyi nampak sama tetapi ada bezanya.

“Antaranya adalah dari segi perbezaan peminat. Jadi, banyak benda kami berbincang supaya tiada salah faham,” ujarnya lagi.


Syamel dan pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021.

Hasil perkahwinan selama empat tahun tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Khawla Soleha, 2. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Akalditipumata 9-10-2024 04:32 PM
Semua nk terpaling.... Amik la amiklaaa
Quote prince_marhaen 9-10-2024 05:04 PM
Biasalah...sisters kan...mesti always share stories kan...   #nonokvibes
Quote noor2 9-10-2024 05:19 PM
Baru 3 tahun..tunggu 7 tahun
Quote sleepandream 9-10-2024 05:30 PM
ernie dolu penah tarik muka dgn dikqieqie sbb kene prank... walhal syarikat pengurusan sheols FMC dgn Hotfm pun terlibat jugak...
Quote Mahathirina 9-10-2024 08:07 PM
Eh macho pulak mukanya sekarang..
Quote ninja boy 9-10-2024 08:24 PM
lakibini biasa2 no problem
Quote jihah_kudat 9-10-2024 10:01 PM
prince_marhaen replied at 9-10-2024 09:04 AM
Biasalah...sisters kan...mesti always share stories kan...     #nonokvibes

hahaha tersembur aku..sister harusla support sister kan tak
gitu..
Quote gideoncross 10-10-2024 01:37 AM
prince_marhaen replied at 9-10-2024 05:04 PM
Biasalah...sisters kan...mesti always share stories kan...     #nonokvibes

Display photo uol reaksi iol utk komen ni hahahaha
Quote zuriey 10-10-2024 02:04 PM
Awat vibe nonok2 je sejak kurus ni
Quote annehuda 10-10-2024 02:13 PM
bukan ke sepatutnye dlm alam rumahtangga mmg sepatutnye mcm tu? sepatutnye suami isteri ni dah takde rasa segan dah untuk berkongsi cerita. tak perlu ada judgment pun dari pasangan masing2.  ni yg aku kekadang tak paham knp ada laki dan bini yg rasa menyampah bila pasangan masing2 meluahkan apa2 jelah pd diorg. dah tu ko kawen ko nak ape bukan nak peneman dan kawan seumur hidup ke? takde isu nonok nonok la di sini, kalau korg masih ada rasa segan nak bercerita pada pasangan better evaluate balik knp korg kawen tu
Quote nonymous 10-10-2024 02:18 PM
xminat depa berdua tp ok je kata heshe.
Quote sharlenetexas 10-10-2024 02:19 PM
Share barang mekap tak?


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047838 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top