CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bauksit Punca Utama Sungai Dan Pantai Balok Menjadi Merah

30-12-2015 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5563| Komen: 14

Oleh Izzah Abbasy

Lautan dan sungai Balok, Kuantan bertukar merah menjadi tanda tanya ramai pihak. Selepas hujan lebat melanda daerah itu, kesan emrah yang terdapat pada permuakaan air rupanya dicemari oleh bahan galian bauksit.


Air sungai itu yang mengalir ke laut juga menyebabkan air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam di sini, turut berwarna kemerah-merahan, seperti 'bercampur' air lumpur.

Aktiviti perlombongan bauksit juga menyebabkan penduduk berhampiran tidak senang duduk semasa hujan lebat, kerana bimbang berlaku runtuhan tanah bauksit atau banjir disebabkan longkang dipenuhi tanah.

Penduduk juga bimbang banjir besar pada tahun 2013 akan berulang kembali bagi tahun ini. Menurut penduduk yang ditemui, yang paling dibimbangi jika banjir berlaku tahun ini, air mungkin naik lebih cepat disebabkan longkang semakin cetek akibat mendapan tanah bauksit yang terkumpul semasa hujan. - Bernama

Pendapat sama disuarakan tukang kebun Madrasah Asyraful Madaris di Beserah di sini, Abdul Razak Abu Bakar, 48, yang berkata air longkang berhadapan madrasah itu semakin cepat naik selepas aktiviti perlombongan bauksit di situ, bermula tahun lalu. - CARI Infonet




Info dan Foto : Malaysia Kini


18

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
27

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 30-12-2015 09:59 AM
Edited by EJALTI at 30-12-2015 02:00 AM

Sungai Balok di Kuantan bertukar merah selepas hujan

http://www.themalaysianinsider.c ... merah-selepas-hujan
Published: 29 December 2015 10:56 PM

BAUXITE_PENGORAK_BEACH_CONTAMINATION_KUANTAN_PAHANG_AFIF_081215_1.jpg
Hujan lebat sepanjang hari semalam, menyebabkan air Sungai Balok di Kuantan dan pantai berhampiran bertukar warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.

Hujan lebat sepanjang hari semalam, menyebabkan air Sungai Balok di Kuantan dan pantai berhampiran “bertukar” warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit.

Penguasaha bot bersebelahan Sungai Balok, Ibrahim Muhammad, 45, berkata beliau menyedari air sungai itu mula berwarna merah pada pagi ini, semasa hendak memulakan kerja membaiki bot.

"Biasanya air sungai ini berwarna kuning, bukan merah seperti ini. Di atas kawasan berbukit di sana ada berlaku aktiviti (galian) bauksit. Mungkin air hujan bercampur bauksit menyebabkan sungai bertukar warna.

"Air sungai merah juga menyebabkan bahagian bawah bot yang berwarna putih diletakkan di sungai menjadi merah," katanya kepada Bernama di Kuantan, hari ini.

Air sungai itu yang mengalir ke laut juga menyebabkan air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam turut berwarna kemerah-merahan, seperti “bercampur” air lumpur.

Aktiviti perlombongan bauksit juga menyebabkan penduduk berhampiran tidak senang duduk semasa hujan lebat, kerana bimbang berlaku runtuhan tanah bauksit atau banjir disebabkan longkang dipenuhi tanah.

Guru, Kamarul Ismail, 41, yang menetap di Taman Beserah Jaya berkata beliau akan meninjau keadaan tanah dan longkang bersebelahan rumahnya sebaik sahaja hujan berhenti kerana pernah berlaku longkang dipenuhi tanah akibat “dibawa” air.

"Kejadian sama berulang lagi apabila hujan lebat semalam. Saya bimbang jika berlaku banjir...kawasan ini mempunyai sejarah banjir pada tahun 2013.

"Yang paling dibimbangi jika banjir berlaku tahun ini, air mungkin naik lebih cepat disebabkan longkang semakin cetek akibat mendapan tanah bauksit yang terkumpul semasa hujan," katanya.

Pendapat sama disuarakan tukang kebun Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Abdul Razak Abu Bakar, 48, yang berkata air longkang berhadapan madrasah itu semakin cepat naik selepas aktiviti perlombongan bauksit di situ, bermula tahun lalu.

Beliau bimbang dengan keselamatan 150 pelajar di madrasah itu yang akan kembali meneruskan pengajian pada 4 Januari ini jika berlaku  banjir secara tiba-tiba.
Quote chinta89 30-12-2015 10:17 AM
ade aku kisah? kata setan berkenaan..
Quote AbukRokok 30-12-2015 11:13 AM
dalam byk2 negeri paling aku xsuka skrg Pahang..diikuti Terengganu dan Johor
Quote airfilterkotor 30-12-2015 02:45 PM
So, takleh minum laa kann...?
Quote airfilterkotor 30-12-2015 02:47 PM
Air sungai warna kuning adalah normal.
Ok aku baru tau.
Quote dodolgemok 30-12-2015 02:50 PM
Dah brapa kali berita pasal baukshit ni tapi pihak atasan duduk diam goyang kotey je. Babi sundel tol bila nak mampus org yg meluluskan baukshit ni??
Quote insulin 30-12-2015 02:54 PM
airfilterkotor replied at 30-12-2015 02:45 PM
So, takleh minum laa kann...?

Air berperisa aluminum? Mesti rasa pelik sangat.
Quote akusukaq 30-12-2015 02:54 PM
Raja dan pembesar negri antah berantah ni mcm dah buta mata buta hati , pekak telinga mulut bisu ke jadah nya
demi menimbun harta dunia yg tak sampai kemana. Tak kan nadi dah nak cabut dr badan baru nak insaf
Quote abangbeca 30-12-2015 03:00 PM
Jap lagi semua ikan kat pahang ni bertukar jadi ikan merah...
Quote pelicano 30-12-2015 03:03 PM
...kepada pihak yang sepatutnya membela nasib rakyat Pahang tetapi hanya menutup sebelah mata...


....MAY YOU ROT IN HELL......
Quote airfilterkotor 30-12-2015 03:04 PM
insulin replied at 30-12-2015 02:54 PM
Air berperisa aluminum? Mesti rasa pelik sangat.

Aluminum berkarbonat.
Quote khairulazuan 31-12-2015 08:32 AM
sungai berdarah..............
Quote kenarikelabu 31-12-2015 10:40 AM
Pakcik tu potpet2 je tuh....ujung2 cuba tanya PRU akan dtg nnt pakcik nk sokong mana.
Quote R2D2 31-12-2015 10:55 AM
isu ni sungguh terang lagi bersuluh
kata pepatah
tapi sekor penguatkuasa pun tak berani ambik tindakan
kebal sungguh dari undang2 ketika di dunia

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074950 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top