CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kita sudah janji dengan Allah, jaga aib pasangan’ - Didie Alias

9-10-2024 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33893| Komen: 47

 


Pernah berdepan perceraian, selebriti versatil Didie Alias menasihatkan pasangan yang bercerai supaya tidak memburukkan dan menjaga aib masing-masing sehingga ke akhir hayat.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. Ali, 52 berkata, perpisahan perlu didepani dengan tabah meskipun pahit ditelan agar maruah serta darjat diangkat Allah dengan lebih tinggi.

“Perpisahan itu sakit, bahagia itu indah. Apabila terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesama hingga ke akhir ayat.

“Manis ditelan, pahit pun ditelan.

“Baru darjat kita diangkat sangat tinggi dan dipandang mulia, kita sudah janji dengan Allah,” katanya menerusi Instagram Story.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, netizen berpendapat perkongsian itu dibuat susulan kes perceraian pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Hantaran tersebut kemudian dimuat naik semula seorang peminat dalam aplikasi TikTok sekali gus dibanjiri komen netizen yang memuji sikap pelakon filem Presiden Kampung Morten itu apabila bercerai secara aman tanpa ‘melondehkan’ keburukan pasangan suatu ketika dahulu.



“Setuju dengan pendapat Didie, dia dahulu pun bercerai secara baik, tiada pula mahu hebohkan aib bekas suami, masih berbaik sampai bekas suami meninggal,” kata seorang netizen.

“Didie, Erra, Nora, antara contoh artis yang berpisah dan senyap sahaja selepas itu, tiada episod derita dijaja dalam sosial media,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

 

Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga pada 8 Mei 2009 dengan Isham yang merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan.

Hasil perkahwinan itu, Didie dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Dayyan yang kini berusia sepuluh tahun.

Sebelum itu, Didie turut mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 31, Mohd Dhanial, 30, Nur Dinie, 28, Nur Dayini, 26, dan Nur Diyana, 25. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Arry 9-10-2024 03:56 PM
kenmain ramai retis dok komen pasal Fazura ye, kalau Ritrud yg sampai skrg dok bercerita aib pasal ex dia xda sorang pun retis berani nak sound.
Quote norawestallen 9-10-2024 04:00 PM
Arry replied at 9-10-2024 07:56 AM
kenmain ramai retis dok komen pasal Fazura ye, kalau Ritrud yg sampai skrg dok bercerita aib pasal e ...

sebab mulut dia takde filter kot. tu orang tak komen. lagipun tak habis2 dia duk bercakap pasal ex. walaupun kata sis tak kisah

Quote 8Queen8 9-10-2024 04:02 PM
Arry replied at 9-10-2024 03:56 PM
kenmain ramai retis dok komen pasal Fazura ye, kalau Ritrud yg sampai skrg dok bercerita aib pasal e ...

Tulah untung Rita. Mungkin ramai rakan artis kasihankan Fattah diaibkan kot.
Quote noor2 9-10-2024 04:04 PM
Arry replied at 9-10-2024 03:56 PM
kenmain ramai retis dok komen pasal Fazura ye, kalau Ritrud yg sampai skrg dok bercerita aib pasal e ...


Ex ritrud tu bukan spesis elok sgt pun...mmg dia menduakan rita dgn zarema

Yg masuk campur sb kesiankan fatah..ada ke rita tu minta cerai...
Quote Buritan 9-10-2024 04:11 PM
Nape shuk ehh.. nape tak ngai ke . Hapiz ke.. emma ke..
Quote alesandra 9-10-2024 04:13 PM
Akak ni paling layak nak bagi nasihat.klau nak carot  psl nafkah boleh je dia merentan sampai x sudah.anak dahla berderet.tapi dia memilih utk move on.xde dendam,xde ego,xde drama meleret-leret.boleh pulak dia berbaik sampai akhir hayat  arwah ex dia.paling layak digelar strong woman.
Quote anilanil 9-10-2024 04:23 PM
Aiols tak paham part "janji ngan Allah utk jaga aib" tu. Tang mana agreement tu? Dlm lafaz taklik ada ke? Tlg bagi pencerahan sbb kepala otak aiols auto recall scene baca wedding vows movie omputeh.
Kalo dah kena tumbuk cam shuringai nak kena jaga aib? Kena belasah cam emylia hanafi kena dok diamm Kena curang berkali-kali mcm bella kena kekal senyum?
Tak semua bisa jadi seperti hana al maunah yachh. Laki si perogol bole sorok aib siap suruh mangsa redha & pasrah.
And acik deedee pon tak perlu nak sorok sgt aib ex laki. Arwah berjimba secara terang-terangan di club tempatan, bukannya dia naik private jet pi monaco diam-diam pon.
Quote Orix 9-10-2024 04:27 PM
sheols deserve to talk abt this.... dia pernah lalui.... lg teruk adalah....
Quote IzzahF 9-10-2024 04:28 PM
acik didie serai aman2 je dgn ex walopon susah sampai kena tumpang dapur rumah org utk tido anak beranak. mujur nasib dia tak berdepan dgn ipar duai dan mentua hansuang, tak kena tuduh beranok luar nikah aka berzina dgn jantan lain. syukur byk sbb tak lalui semua tu. kalo dia yg kena aiols tak tau la apa jadi rasa lebih dari hansuang mulut she

kisah2 kirai mengirai ni kena tgk keadaan jugak. lg pun time acik didie serai internet baru nk tumbuh. jgnkan acik didie...semua retis yg serai pun diam2 aje. mcm paknil pun senyap2 walopun kat cari mcm2 speku, tu kalo ada internet ada smartphone dan socmed mcm skrg..mau mcm2 ado
Quote pocongkiutss 9-10-2024 04:33 PM
IzzahF replied at 9-10-2024 04:28 PM
acik didie serai aman2 je dgn ex walopon susah sampai kena tumpang dapur rumah org utk tido anak ber ...

Dia dulu ex laki dia wat perangai mmg kaki pompuan juge kan

Tp tang mana "kita janji dgn Allah tutup aib" tu..kang walaun sound kau suruh tutup aurat baru tau

Walaupun iols rasa dia x patut menyibuk..tp dia kira practice what she preach la kan..cumanya dia pun anak semuaaa pompuan..takut torkono pulak anaknya merempan buka aib laki..bukan semua org leh sabo
Quote pocongkiutss 9-10-2024 04:34 PM
Buritan replied at 9-10-2024 04:11 PM
Nape shuk ehh.. nape tak ngai ke . Hapiz ke.. emma ke..

Didi alias ada sebut nama shuk ke kat atas tu
Quote mrsLucky 9-10-2024 04:36 PM
Didie lagi teruk waktu bercerai dengan husband..anak2 kecil...tumpang rumah kawan, jual nasi lemak...such a strong women..
i think all women akan strong dan resiliant because of their children
Quote makciktijah 9-10-2024 04:39 PM
ramai betul retis menampakkan diri tak side dengan fazura. kang plot twist, fazura dedahkan bukti fattah curang bagai, menggelabah memasing nak share cerita buruk fattah pulak.
Quote pocongkiutss 9-10-2024 04:42 PM
makciktijah replied at 9-10-2024 04:39 PM
ramai betul retis menampakkan diri tak side dengan fazura. kang plot twist, fazura dedahkan bukti fa ...

Sbb tu iols mengharapkan ada bukti..mcm sarah yasmine hr tu..haa jelas terang nyata..takleh nk kornar baring lg alipnajis tu
Quote prince_marhaen 9-10-2024 05:02 PM
...“Didie, Erra, Nora, antara contoh artis yang berpisah dan senyap sahaja selepas itu, tiada episod derita dijaja dalam sosial media,” komen seorang lagi pengguna media sosial...
Ehhhh...not Tokra Penyondol yehh.... video laki kena lafaz cerai pun dia up kat IG... jaga aib apa tu nokkk... delusi ye netizen ni.. dah lah berlagak amik laki orang feeling satu-satunya isteri ustat... yihhh..

Nak puji, puji mama didie je...walaupun arwah laki siap kantoi selfie2 cekci daddy-bod...kak ratu pun track record tak berapa nak cun, cuma she pandai duk diam je..

Quote Duta lover 9-10-2024 05:06 PM
Cantik badan dia dah tua ni berisi nampak muda n makin cantik
Quote fish 9-10-2024 05:38 PM
prince_marhaen replied at 9-10-2024 05:02 PM
Ehhhh...not Tokra Penyondol yehh.... video laki kena lafaz cerai pun dia up kat IG... jaga aib apa t ...

Nora Danish kot
Quote pocongkiutss 9-10-2024 06:14 PM
prince_marhaen replied at 9-10-2024 05:02 PM
Ehhhh...not Tokra Penyondol yehh.... video laki kena lafaz cerai pun dia up kat IG... jaga aib apa t ...

Eh dia maksudkan nora danish tu chuols..bukan nora kertu di permpangan dilema
Quote dua_chzy 9-10-2024 06:42 PM
Hak hallllaahhhhh ni lagik sekor ajettt suciiiii si Rizuan Hashim tu duluuuu kemain ko canang tak bagi duit tak bagi nafkah sampai ko susah payah jual nasik lemak depannnn rumahhhhhhh

Pehal retis low gred ngan netizens ni? Suma amnesia ka apa bila cakap bajet good2?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056312 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top