CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Malaysia Boleh Dikira Sebagai Pesaing Yang Menakutkan" – TV Thailand

16-10-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35887| Komen: 41|Original author: Abahmung

 
 


Rupanya tidak hanya menjadi bualan di Indonesia, kini negara jiran iaitu Thailand turut mula mengintai prestasi Malaysia yang digambarkan sangat mampan dan hebat pada ketika ini.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, dapat dilihat pengacara dari sebuah stesen televisyen Thailand mengupas lanjut berkenaan prestasi pelaburan di Malaysia yang luar biasa dan lebih kompetitif berbanding negaranya.

“Sebagai contoh, di Thailand kita cuba untuk menjadi sebegitu tetapi jika melihat kepada pesaing kita di dalam bidang menarik pelaburan dari luar negara , Malaysia boleh dikira sebagai pesaing yang menakutkan,” ujarnya.

Malah, mereka juga berhasrat jika negara Thailand mampu menarik pelabur asing untuk melabur di dalam negara sekaligus menyumbang kepada aliran dan pertukaran wang yang positif seperti negara Malaysia.

Mana tidaknya, Malaysia berjaya mengikat sejumlah pelaburan puluhan bilion ringgit dari syarikat teknologi gergasi terutamanya di dalam industri kecerdasan buatan dan pusat data berteknologi canggih di sini.

Dalam pada itu, mereka turut membandingkan jumlah dana pelaburan yang diterima antara negara Malaysia dan Thailand.

Secara puratanya, Malaysia dilihat memiliki pelaburan yang besar berbanding negara Thailand di mana syarikat terkemuka seperti Google, AWS dan Microsoft memperlihatkan pelaburan sekitar RM1.7 billion hingga  RM43 billion sementara di Thailand hanya berjumlah RM1.4 billion  sehingga RM25 billion.




Selain menjadi hub kecerdasan buatan di sini, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam membekalkan cip semikonduktor kepada syarikat gergasi yang berpengkalan di dua kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat dan juga China.


Perkongsian video ini telah menjadi perhatian netizen tempatan dan rata-ratanya gembira mendengar prestasi Malaysia yang kian melonjak terutamanya dalam mendapatkan pelaburan besar dari luar negara.- thevocket.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 16-10-2024 04:01 PM
masa Yidin ada tak saluran TV luar negara buat analisa sebegini?
Quote tripleid 16-10-2024 04:02 PM
WALAUN tak nak tau semua tu..dorg nak beras tempatan dgn kwsp jer..
Quote Farnor 16-10-2024 08:39 PM
Yelah tu ahha
Quote bottombikini 16-10-2024 08:50 PM
Thailand ni dia jual rakyat cikki2 utk dapatkan dana asing
apoo
Quote Decaffeinated 16-10-2024 09:12 PM
Thailand dah dominate satu sektor yang Malaysia tak akan boleh compete. Fokus kat situ cukuplah.
Quote Kuin-Kepam 16-10-2024 11:31 PM
tripleid replied at 16-10-2024 04:02 PM
WALAUN tak nak tau semua tu..dorg nak beras tempatan dgn kwsp jer..

tambah 2 isu lagi..
konsert + islam terancam

Quote _kelly 16-10-2024 11:39 PM
Decaffeinated replied at 16-10-2024 09:12 PM
Thailand dah dominate satu sektor yang Malaysia tak akan boleh compete. Fokus kat situ cukuplah.

apa tu..tourism ke
Quote PULANGKAN 16-10-2024 11:42 PM
Decaffeinated replied at 16-10-2024 09:12 PM
Thailand dah dominate satu sektor yang Malaysia tak akan boleh compete. Fokus kat situ cukuplah.

otak ngantuk aku loading jap

"Thailand dominate satu sector.. Iklan thailand la tu. Ikland diorang memang power.. huh?.."
Quote Isninselasarabu 17-10-2024 12:21 AM
Pertanian diorang lg maju
Quote ninja boy 17-10-2024 12:51 AM
Thailand boleh memondan nikah koboi gajah ganja pertanian perlancongan hotel mknnn murah
Quote izwan_izi 17-10-2024 05:50 AM
Decaffeinated replied at 16-10-2024 09:12 PM
Thailand dah dominate satu sektor yang Malaysia tak akan boleh compete. Fokus kat situ cukuplah.

Oleh kerana iols bersangka baik...sektor pertanian la tu yg Thailand lebih kehadapan bertiang2 jika dibandingkan dgn pertanian Malaysia..
Quote fanaz82 17-10-2024 08:49 AM
Decaffeinated: Thailand dah dominate satu sektor yang Malaysia tak akan boleh compete. Fokus kat situ cukuplah.

pertanian ke? sektor tu memang malaysia jauh ketinggalan..tanah banyak tanam kelapa sawit jak
Quote jazaa100 17-10-2024 09:02 AM
fanaz82 replied at 17-10-2024 08:49 AM
pertanian ke? sektor tu memang malaysia jauh ketinggalan..tanah banyak tanam kelapa sawit jak

Pela**ran.....
Quote jazaa100 17-10-2024 09:03 AM
Isninselasarabu replied at 17-10-2024 12:21 AM
Pertanian diorang lg maju

Buruh dorang pun murah....
Infrastruktur pun bagus ....
Tapi masih tak blh compete msia.....
Intell pun pindah telend kan....
Quote manehnya 17-10-2024 09:05 AM
tripleid replied at 16-10-2024 04:02 PM
WALAUN tak nak tau semua tu..dorg nak beras tempatan dgn kwsp jer..

dan juga minyak pek
Quote hyie 17-10-2024 09:52 AM
sebab Malaysia memang salah satu hub industri elektronik terbesar dunia khenz. Macam thai dia fokus industri pertanian, kita industri AI lah..
Quote nusaraya 17-10-2024 10:08 AM
Edited by nusaraya at 17-10-2024 10:10 AM

Ini adalah faktor utama mengapa Malaysia lebih "power dan mempunyai daya saing" lebih tinggi dibandingkan Thailand ....

Apa itu ?

Malaysia jelas lebih unggul karena Malaysia punya "kuasa" atas seluruh Alam Melayu yang maha luas itu  dengan 300 juta populasi bangsa melayu mahawangsa yang boleh ditawarkan ... sesuatu "faktor positive"  yang Thaiand dan negara-negara lain di Asia Tenggara  (termasuk Indonesia)  X memilikinya ...
Quote pokokmeranti 17-10-2024 10:13 AM
nusaraya replied at 17-10-2024 10:08 AM
Ini adalah faktor utama mengapa Malaysia lebih "power dan mempunyai daya saing" lebih tinggi dibandi ...

wduh..waduh pak....jakarta sudah semakin tenggelam. nanti makin ramai naik tongkang masuk Malaysia secara haram.
Quote Dwdrum 17-10-2024 10:14 AM
nusaraya replied at 16-10-2024 06:08 PM
Ini adalah faktor utama mengapa Malaysia lebih "power dan mempunyai daya saing" lebih tinggi dibandi ...

Hasil licking zionist pula

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044830 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top