Oleh Adib ZA
Nama Shiha bukanlah terlalu asing bagi peminat dunia seni negara. Dia yang terkenal sebagai Shiha Mentor lahir dari rancangan realiti di TV3 itu.
Namun, baru-baru ini, kemilau dan sinar penyanyi ini tiba-tiba menjadi fenomena selepas menyertai pertandingan nyanyian D'Academy Asia yang dianjurkan di Indonesia. Selain bakat nyanyian yang besar, wajahnya yang persis penyanyi terkenal Indonesia, Rossa turut memberikan tuah kepadanya. (Sumber foto: Liputan6) Melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan itu, Shiha, 28 berjaya mencatat rekod peribadi dan kejayaan kepada Malaysia dengan menduduki tempat ketiga. Memetik laporan Mstar Online, Shiha menyampaikan lagu Layar Batuta dan Tersisih pada pertandingan akhir itu dan melayakkan dia membawa pulang hadiah berjumlah 50 juta Rupiah bersamaan RM15,000!
"Dapat masuk peringkat akhir pun saya sudah bersyukur kerana tidak pernah menyangka dapat pergi jauh dalam pertandingan ini. "Danang dan Lestari memang pesaing yang cukup hebat dan dapat berkongsi pentas bersama mereka pun memberi erti besar kepada saya," katanya. (Sumber foto: Liputan6) Tahniah kepada Shiha kerana berjaya mengharumkan nama negara. Semoga terus berjaya sebagai penyanyi yang hebat dan semakin diterima bukan sahaja di Malaysia, malah Indonesia! - CARI Infonet Baca selanjutnya: Mstar Online Shiha mirip wajahnya dengan penyanyi Rossa. (sumber foto: Tabloidbintang)
|
18
Bagus |
20
Marah |
11
Terkejut |
14
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
maxim replied at 30-12-2015 08:47 AM
Hmm iols sorg je ke x minat tone shiha ni
maxim replied at 30-12-2015 08:47 AM
Hmm iols sorg je ke x minat tone shiha ni
maxim replied at 30-12-2015 12:47 AM
Hmm iols sorg je ke x minat tone shiha ni
ADVERTISEMENT