CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tidak Salah Mendalami Agama Lain” – Keith Foo Akui Kerap Dengar Ceramah Tentang Agama Islam

26-10-2024 12:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 81552| Komen: 35

 


Pelakon, Keith Foo akui kerap mendengar ceramah tentang agama Islam untuk menambah ilmu pengetahuannya untuk menjadi individu yang lebih baik.

Memetik dari HibGlam, Keith Foo berpendapat bahawa tindakannya mendalami agama lain itu bukan satu isu yang besar sebaliknya ia memberi peluang kepada dirinya untuk mempelbagaikan ilmu.

"Tidak salah mendalami agama lain sebab kita semua boleh belajar sesuatu dan ambil setiap perkara yang baik."

Pelakon itu turut berkata jika dia tidak faham mengenai sesuatu perkara dia akan bertanya kepada Riena.

"Contoh ketika sambutan Maulidur Rasu, saya tanya Riena apa yang boleh dibuat untuk tambah pahala dan dia kata mungkin bersedekah. Jadi secara tak langsung saya dapat bantu golongan yang memerlukan dan gembira daoat buat perkara tu."

Dia turut menegaskan bahawa dia tidak risau akan pandangan orang ramai apabila terbuka berkongsi kemesraan dengan Riena menerusi akaun media sosial mereka.




"Saya tidak kisah tentang negativiti kerana semua itu bukan boleh berlaku dalam hubungan sahaja tetapi wujud dalam apa jua keadaan."

SUMBER : Hibglam, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 26-10-2024 03:27 AM
ko fikir la btul2 kalau nk convert sbb nk kawen, kang kalau ko cerai susah ko nk patah balik unless ko carik bini melayu jugak..
Quote SR4tahun 26-10-2024 04:07 AM
Mana maunyaa dia convert cayo la cakap sis
Quote blekkep 26-10-2024 05:58 AM
SR4tahun replied at 26-10-2024 04:07 AM
Mana maunyaa dia convert cayo la cakap sis

ex wife heols dh convert dh..siyes lagi x sngka ex wife sheols nk convert kalo tgk lifesytle sheols..
Quote missyL 26-10-2024 07:21 AM
I mean..
Ramai je convert atas kertas je u.
X mustahil lifestyles sama je tp as Muslim hehe
Quote cmf_premierleag 26-10-2024 01:55 PM
Dulu heshe cerai sama ex pun sbb katanya ex bengang sbb kitpu ni biawak hidup
So riena, hang dah habis pikir ke nak amik bekas biawak org lain ni jd laki hang?
Quote noor2 26-10-2024 02:00 PM
Orang yg nk mendalami agama islam bukan mcm ni caranya...
Quote Zezo 26-10-2024 02:14 PM
Semoga beristiqamah.

Kalau dia betul serius dgn riena, maka dia akan convert la.
Quote mizzelly15 26-10-2024 02:48 PM
Ex masuk islam dah ke… nmpk kat ig mcm tu. X lama kawen la tu agaknya
Quote nolya 26-10-2024 10:28 PM
Edited by nolya at 26-10-2024 10:30 PM

Baguslah KF mendalami Islam.  Apa niatnya biarlah Allah menghakimi. Jadi kawen dgn gadis Islam baguslah, mudah nanti dia jalani hidup sbg seorang mualaf.Kalau tak jadi kawen, sekurag2nya dia boleh menjaga akhlaknya spt akhlak Islam. Kalaupun shahadahnya sekadar memenuhi syarat sah nikah tapi landas hidupnya dgn lifestyle yg ada, itu bererti si isterinyalah yg gagal membimbing.

Muslimin yg ada pun, yg berIC Islam, ada antaranya cara gaya hidupnyanya boleh beristighfar kita dibuatnya; dgn pakaian yg tak cukup kain, berbaju tapi telanjang,  janda ke/bini orang ke,  megah dgn maksiat, si laki pula dayus.  Itu laki bini Islam tu.
Quote rayna_raynes 27-10-2024 12:10 PM
SR4tahun replied at 26-10-2024 04:07 AM
Mana maunyaa dia convert cayo la cakap sis

Kim pun dah convert, apatah lagi Keith yg kakak dia pun dh islam

Quote virgocircus 27-10-2024 12:15 PM
Edited by virgocircus at 27-10-2024 12:16 PM

Kalau boleh jgnlah convert sbb nak kawin. Convertlah sbb diri sndri nak dalami Islam.
Aku sedih kalo dgr org yg convert sbb nak kawen. Ex kolig aku dlu, bapak dia tglkan dia n mak mualaf terkontang kanting. Dia yg kena jadi sole breadwinner utk family dia. Agama isley mmg ntah kemana sbb dia kata dia tak sambut hari raya instead dia celeb cny. Tergamam ktorg yg dgr tau tak!
Quote dagusengett 27-10-2024 02:52 PM
Kalau nak kawen mesti convert punya
Cuma lifestyle tak berubah la
Dah bertahun baru cuba solat terawih
Sbb time bulan pose so kenala tayang gi solat gak kan
Tapi pakaian masih tayang pusat ketiak kan haha
Ni contohhh jerr haha
Quote heythere123 27-10-2024 04:41 PM
haha, nak lawan ex wife yg dah convert kettew
Quote heythere123 27-10-2024 04:41 PM
cmf_premierleag replied at 26-10-2024 01:55 PM
Dulu heshe cerai sama ex pun sbb katanya ex bengang sbb kitpu ni biawak hidup
So riena, hang dah hab ...

kaka, chuols rasa omar bakal suami kim tu ada steady job ke??
Quote heythere123 27-10-2024 04:42 PM
mizzelly15 replied at 26-10-2024 02:48 PM
Ex masuk islam dah ke… nmpk kat ig mcm tu. X lama kawen la tu agaknya

rasanya ex tu memang nak kawen dah. Bulan lepas siap buat bachelorette’s dah
Quote jihah_kudat 27-10-2024 06:57 PM
modal sama retis non muslim kalo date dgn retis muslim dan dan mendalami agama lain..acik2 takyah nak impress sangat..nanti dah break terus stop mendalami...
Quote Zeatyisaac 27-10-2024 07:21 PM
rayna_raynes replied at 27-10-2024 12:10 PM
Kim pun dah convert, apatah lagi Keith yg kakak dia pun dh islam

Owh, Kim dah convert? Tahniah!
Quote sharlenetexas 27-10-2024 08:46 PM
jihah_kudat replied at 27-10-2024 06:57 PM
modal sama retis non muslim kalo date dgn retis muslim dan dan mendalami agama lain..acik2 takyah na ...

Teringat pulak casey.
Happy deepavali.

Quote sharlenetexas 27-10-2024 08:49 PM
rayna_raynes replied at 27-10-2024 12:10 PM
Kim pun dah convert, apatah lagi Keith yg kakak dia pun dh islam

Bukan ke abang dia yg Islam. Lagi handsome sbb abang dia tinggi.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top