CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Hadi Rupa-Rupanya Berstatus Duda, Akui Suka Wanita Berusia

1-11-2024 12:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30759| Komen: 71

 


Pelakon Alif Hadi rupa-rupanya berstatus duda dan pernah berkahwin dengan wanita daripada keluarga berpengaruh ketika di usia 20-an, tetapi rumah tangga hanya bertahan tujuh tahun sahaja.

Menerusi podcast Confession Bilik Gelap, Alif berkata dia mendirikan rumah tangga pada usia muda iaitu tahun 2011 selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana namun ramai tidak orang tahu.

“10 tahun paling lama dalam perhubungan dan itu merupakan perkahwinan pertama. Setahun bercinta, dua tahun bertunang dan tujuh tahun perkahwinan.

“Ramai orang tak tahu, saya berkahwin ketika usia 22..23 tahun. Ya, baru habis degree..masters dan terus kahwin. Sekarang orang tahulah, saya seorang duda..yang mungkin terlajak laris,” katanya.


Sementara itu, Alif berkata da tidak pernah bercerita mengenai perkara itu kerana mahu menjaga nama baik keluarga bekas isterinya yang juga dikalangan berpengaruh.


“Bekas isteri saya daripada keluarga dikenali dalam dunia politik. Kadang-kadang perkara (kisah rumah tangga) ini pun boleh dijadikan bahan dalam politik.

“Ramai orang tak tahu sebab saya tidak mahu timbul masalah ‘ain’ atau orang bercerita mengenainya. Jadi, biarlah saya simpan kisah peribadi sendiri,” katanya.


Dalam pada itu, Alif mengakui dia lebih suka akan wanita lebih berusia daripadanya.

“Dia empat tahun lebih tua daripada saya. Tak tahu..saya suka wanita yang lebih berusia,” katanya.

Terdahulu, Alif mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani sudah pun berakhir dua bulan lalu selepas dua tahun menjalin hubungan cinta. 


Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 31-10-2024 03:23 PM
Pastu, kenapa cerita pulak.

Kalau nak kekal rahsia, simpan je la terus...

Pasni, adalah nanti yang CSI...

Sukati kau la Labuuuuuu...
Quote hokeypokey 31-10-2024 03:44 PM
alasan ain tu plg tak masuk akal.. yg sblm ni bercinta elok jer tayang
Quote aina_shaira 31-10-2024 04:17 PM
Ko tetap sendu dik
Quote sleepandream 31-10-2024 04:55 PM
jarang2 org ada master umur 23...
Quote LembingDayanti 31-10-2024 05:14 PM
lol biawak mmg suka pompuan tua supaya boleh bermalasan
Quote jihah_kudat 31-10-2024 05:36 PM
selain dari kisah dia kapel dgn hani..lepastu seorang pelakon yang aku tak boleh recall apa drama lakonan dia..why banyak sangat video interview dia..like whoareyus anak muda..
Quote annehuda 31-10-2024 05:45 PM
tp boleh tahan gak la dia kawen awal pun perkahwinan bertahan 7 thn.
Quote Hoola 31-10-2024 06:01 PM
dia pun nmpk tua
Quote miamiot 31-10-2024 06:03 PM
sleepandream replied at 31-10-2024 04:55 PM
jarang2 org ada master umur 23...

Master in tackle perempuan
Quote Nozot 31-10-2024 06:14 PM
takpe, ceri ada, tok bida pun ada..
cubalah ambik gambar tgh iktikaf ke, tgh ambik wuduk ke, tunjuk tgh baca mathurat ke, mesti ramai beratur
Quote rain2169 31-10-2024 06:47 PM
Duda yg mungkin terlajak laris katanya….
Berkemungkinan dia nak suruh diletakkan dalam list duda hot
Wakakaaaaaaaaaa
Quote Piramida 31-10-2024 06:52 PM
Iyalah set2 yg suka org tua.. matured.

Atau yg suka kena bela.. Senang jadi bewak.
Quote makcun14 31-10-2024 06:56 PM
Duda takde anak takde masalah pun nak cari pasangan baru. Janda jugak yang dipilih
Quote miss_strangers 31-10-2024 06:57 PM
Sefikrah laaaaa dgn tutttt
Quote scarflicious 31-10-2024 07:35 PM
Ko nak jadi duda terlajak laris, ko kena pandai buat muka kesian, joget joget dan jual kambing. X reti buat mcm gitu, ko kekal duda kepam dik oi.
Quote TeropongThaico 31-10-2024 08:26 PM
Umur 23 dah ada master, hebat
Quote silampumeja 31-10-2024 09:22 PM
sleepandream replied at 31-10-2024 08:55 AM
jarang2 org ada master umur 23...

Tang sebut master dlm podcast tu i rasa pelik sikit. Tp maybe dia budak fast track... Blum rsult spm dah masuk u... Kmudian smbung
Quote AnggunSophea 31-10-2024 09:30 PM
Hoola replied at 31-10-2024 10:01 AM
dia pun nmpk tua

Dekat 40 dah umur dia tahun ni kan
Quote cha-cha 1-11-2024 03:51 AM
Sedap lahhh dia ni. I lemah sikit dengan laki pandai main skateboard ihik ihik

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.217061 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top