CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Hati-Hati Dengan Fitnah’ - Vivy Yusof Kongsi Gambar Di Hospital Selepas Diasak Beri Penjelasan Isu Kerugian Khazanah & PNB RM43.9 Juta

1-11-2024 01:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 53394| Komen: 304

 


Sejak semalam, warganet mula mendesak usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof untuk tampil memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan.

Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memuat naik hantaran menerusi Instagram Story selepas digesa oleh warganet untuk menerangkan tentang isu tersebut.

 

"Sangat banyak yang saya ingin katakan tetapi pada masa yang sesuai, Insya-Allah.


"Buat masa ini, saya biarkan apa yang mereka mahu katakan. Cuma berhati-hati dengan fitnah yang awak sebarkan tentang orang lain."

Dalam satu hantaran yang lain, usahawan berusia 36 tahun itu berkongsi foto dia sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

Walau bagaimanapun, Vivy tidak memberitahu dengan lebih lanjut tentang masalah kesihatan yang dialami namun akan maklumkannya dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, saya sedang ‘berjuang’ dengan ini.

"Saya akan kongsikan tentang perkara ini juga tidak lama lagi."

Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.

Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.


Sumber – Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 31-10-2024 10:07 AM
Fun fact: jgn percaya kata2 org yg buka mulut je mukadimah dia, berhati2 dgn fitnah maha dasyat yg anda sebarkan yada yada, truth will prevail bla bla... smell penunggang yg maha dasyat sgt
Quote Hoola 31-10-2024 10:18 AM
we.will.wait.for a clear explanation and blacknwhite prove
dontplayplay
-seluruhrkytmsia
Quote Samerosie 31-10-2024 10:31 AM
Kenapa nak kena tunjuk kat spital bila kena mcm ni.  Kalau sakit teruk rehat sajalah tak yah nak tengok2 socmed tu.  Kalau dah boleh godek2 menjawab tu x lah sakit sangat.
Quote damsel_fiji 31-10-2024 10:32 AM
Vivek bila lg nk buat one day spiking malay challenge?
Quote ___ 31-10-2024 10:58 AM



Penonggeng fitnah.

Data and facts from ministry & credible sources pun dikira fitnah ke, vivy?

Quote suri33 31-10-2024 11:06 AM
Dah macam politician gayanya. Kuat politik ke nih dr mendana smpi dah abis dana hahaha.
Quote fossil 31-10-2024 11:26 AM
Edited by fossil at 31-10-2024 07:46 PM

edited
Quote silance 31-10-2024 12:27 PM
Netizens bash acik vivi, tapi tak nak bash sapa yang approved proposal kat pnb tu. Itu orang lagi la ngok.
Quote dubuk 31-10-2024 03:04 PM
sedap kan
Quote penmerah 31-10-2024 03:11 PM
So....sbb Ko kat spital nitizen kene kesian ke gimana?












Moga kifarah dpt kat manusia2 tak amanah, jahat Dan zalim
#tak tuju kat sesapa specific
Quote alieyrina 31-10-2024 03:36 PM
Tak bolehka dia publish acc transaction apa semua tu dari stat dia dpt dana. Sapa suruh amik dana bejuta pastu songlap kan.

Bisnes x jadi pulak. Mcm mana buat biz? Kata study biz? Modal pun belambak dpt.

duk sho off gaya hidup mewah. Mana la org x mengata. Kalau biz x jadi boleh pulak tunjuk mewah gitu
Quote awenda507 31-10-2024 03:40 PM
Buktikan la klu rasa kena fitnah vivy. Ni nk pancing kesian ke tayang gmbr warded?
Quote hokeypokey 31-10-2024 03:47 PM
apa fitnah?? Dh berita bagitau rugi, netizen kecam la..
Quote simmes 31-10-2024 04:03 PM
silance replied at 31-10-2024 12:27 PM
Netizens bash acik vivi, tapi tak nak bash sapa yang approved proposal kat pnb tu. Itu orang lagi la ...

Silap si vv ni dia nak dua2, dana & publisiti so nak tak nak kena la hadap

Cuba dia senyap2 lenjan dana tu buat bisnes belakang tabir macam anak orka lain confirm orang awam tak tau. Tengok je la kes anak2 orka guna kabel buat bisnes senyap2, last2 marhaen tau pun masa dah naik news kena tuduh/dakwa
Quote aina_shaira 31-10-2024 04:14 PM
Aku heran macam mana boleh rugi. Tengok sapa pakai produk dia macam duck tu GAH beneno, asyik sold out ja stock shawl dia dulu
Quote aina_shaira 31-10-2024 04:15 PM
Harga produk dia pun bukan kaleng kaleng
Quote Thunderclouds 31-10-2024 04:16 PM
Overused betol la prkataan battling battling ni.
Ko demam panas, selsema, bla bla bla pn mau sembang tgh battling demam bagai.
Ptuih!
Quote likilu 31-10-2024 04:22 PM
Thunderclouds replied at 31-10-2024 04:16 PM
Overused betol la prkataan battling battling ni.
Ko demam panas, selsema, bla bla bla pn mau sembang ...

Dia post ni agaknya tgh ketap ketap gigi geram jegil jegil mata kat netizen sebab mengata kat dia

Netizen: *angers in poverty*
Quote kikiharris 31-10-2024 04:48 PM
Lepas ni jgn lupa up duduk atas wheelchair plak

Lihat semua komen(304)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074120 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top