Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan tohmahan Ketua Pengarah Kastam (KPK) dan pengarah kastam lain mengadakan pertemuan dengan n Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Genting Highlands. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata pertemuan itu adalah Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024 anjuran Cawangan Integriti di sebuah hotel di Genting Highlands bermula semalam hingga esok. Menurutnya persidangan itu sudah menjadi acara tahunan buat warga JKDM sejak tahun 2017 dalam usaha meningkatkan integriti dalam kalangan kakitangan agensi itu. "Sehubungan itu, JKDM ingin membuat penafian berhubung tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Objektif persidangan ini memupuk budaya integriti dalam kalangan warga JKDM bagi pelaksanaan tugas harian serta sebagai platform untuk menyalurkan informasi serta perkongsian amalan terbaik untuk memperkasa budaya integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular satu hantaran di sebuah halaman di aplikasi Telegram yang dengan ringkas menyatakan KPK dan pengarah JKDM mengadakan pertemuan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Genting Highlands, Pahang. Pemilik akaun itu bagaimanapun tidak menjejaskan secara terperinci konteks di sebalik hantaran ringkas berkenaan yang setakat ini sudah dilihat oleh lebih 31,000 pengguna. Anis Rizana sberkata, beliau berharap penjelasan yang dibuat ini dapat mengelakkan orang awam daripada membuat spekulasi tidak berasas dan menyebarkan maklumat palsu. "Sebagai agensi pemungut hasil negara, menyediakan fasilitasi perdagangan dan menguatkuasakan undang-undang, JKDM kekal komited untuk memastikan integriti menjadi teras dalam setiap aspek perkhidmatan. "JKDM sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, emel, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. Sumber : Harian Metro |
piyek92 replied at 8-11-2024 08:37 AM
lah KP sama KP tak boleh ke nak keluar ngopi?
orkid_amani replied at 8-11-2024 11:45 AM
KP Anis ni mmg ada dlm radar ES laaaamaaaa dah kn?
ADVERTISEMENT