Pelawak Shuib Sepahtu bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Khoo Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Mejistret Shah Alam hari ini. Memetik mStar Online, syarikat itu didenda atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu. Shuib dan Choo Guan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan dan pengakuan bersalah itu dibuat dihadapan Majistret Ameera Mastura. Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Selain itu, mahkamah membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO. Sumber : mStar Online/Rotikaya |
albedah replied at 11-11-2024 07:27 AM
Celah gigi je tu.. Yg herannya apsal dia gi umrah bercuti i bagai tp bayar hutang liat? Org meniaga ...
albedah replied at 11-11-2024 03:27 PM
Celah gigi je tu.. Yg herannya apsal dia gi umrah bercuti i bagai tp bayar hutang liat? Org meniaga ...
Shayang replied at 11-11-2024 03:40 PM
Support la bisnes melayu
Ujung2 tah berapa persen je share dia dlm company nih
Serupa mcm farm fresh ...
ADVERTISEMENT