CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal bayar gaji, carum KWSP - “Mungkin lepas viral baru dia nak bayar gaji semua staff-staff" ...

13-11-2024 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33854| Komen: 90

 


Seorang lagi bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal membayar gaji pekerjanya termasuklan caruman Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP) sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi video yang dikongsi personaliti televisyen, Meyra Khan di TikTok, dia meminta orang ramai untuk menularkan perkara tersebut kerana memikirkan tentang nasib-nasib yang dihadapi oleh staf dan juga bekas staf kepada stesen TV berkenaan.


Ujarnya, dia sudah lama menahan sabar apabila bercakap mengenai isu gaji kerana tidak faham mengapa pihak pengacara tersebut menangguhkan urusan pembayaran gaji para pekerjanya.

“Gaji lambat satu bulan kita dah tahan.


“Lama ye tahan, bertahun, kalau gaji lambat tiga bulan ini.. satu bulan ini pun sudah melanggar undang-undang Malaysia.

“Kalau lambat tiga bulan kita tak tahu undang-undang mana yang digunakan,” tanya Meyraa.

Disebabkan itu, dia meminta orang ramai untuk menularkan tentang perkara berkenaan tunggakan gaji yang dipercayai belum lagi dilunaskan oleh pihak stesen TV milik pengacara terkenal  berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu.

Ujarnya lagi, bukan hanya gaji, caruman KWSP dan SOCSO turut tidak dilunaskan sehingga mereka juga buntu apa yang harus dilakukan memandangkan hanya seorang pekerja sahaja.

“Jadi kepada korang semua yang melihat video ini tolong, bantu lah kami.

“Macam-macam dah dibuat, kita ni manusia kerdil je awak. Jadi kami perlukan bantuan awak untuk viralkan.

“Mungkin lepas viral baru dia nak bayar gaji semua staff-staff, bukan gaji sahaja, EPF, SOCSO, KWSP. Maka bantulah kami untuk menarik perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Jelas Meyraa, disebabkan tunggakan gaji yang sudah masuk 3 bulan tidak dibayar, pelbagai masalah dihadapi oleh pekerja dan bekas pekerja memandangkan perlu membayar pelbagai komitmen untuk diri serta keluarga.

 

“Saya seorang tak mengapa, namun bayangkan mereka yang berkeluarga. Macam mana nak sara keluarga kalau tiga bulan tiada gaji,” tambahnya.

Pendedahan yang dibuat oleh personaliti televisyen itu susulan tularnya satu hantaran di platform X apabila seorang bekas pekerja mendakwa sebuah stesen TV milik pengacara popular turut tidak menjalankan tanggugjawab terhadap pekerjanya selepas berita seorang pelawak didenda kerana tidak mencarum Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) baru-baru ini.

 

Diharap pihak-pihak berwajib dapat menyelesaikan permasalahan ini dan memikirkan tentang nasib para pekerja yang mana mempunyai tanggungan serta komitmen yang perlu dilunaskan.

SUMBER:  – Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 13-11-2024 10:02 PM
Sape pulok...
Quote OsHiN_hOnEy 13-11-2024 10:03 PM

kan ada mention tu
si muka kawah laki si mikel jeksen or datin tinted
Quote beatgirlX 13-11-2024 10:14 PM
Dah pernah viral sebelum ni cuma pastu senyap..
Dia yg Dato tu... yg x mengaku ada 2 anak dgn ex wife sebelum ni kannn
Quote hyie 13-11-2024 10:18 PM
sapa lagi kalau bukannnnnn...shah ale peace yo
Quote TeropongThaico 13-11-2024 10:20 PM
Patut le boleh kaya ye ..
Umpama kerja org buat free2 gitu
Quote Minyakyuyi 13-11-2024 10:32 PM
Cmno nk tunjuk muka ķt MLS ujg minggu ni
Quote noor2 13-11-2024 10:34 PM
Anak dia dua org tu dia ada tanggung x...kalau anak sendiri pun dia x de tanggung sebelum ni..boleh fahamla dia buat selamba kat org lain
Quote luc 13-11-2024 11:16 PM
AC ke..? Atau TJ?
Quote sharlenetexas 13-11-2024 11:19 PM
Nafkah anak kandung sendiri pun dia tak bayar.

Quote babycc 13-11-2024 11:24 PM
Aku x tau cemana masih ada yg support AC.. lg benci rancangan yg dia jd pengacara tu.. MLS.. Ali susun yg hansuang tu pon ramai supporters..
Quote sleepandream 13-11-2024 11:48 PM
kalau ingat dulu staff kontrak RTM pun gaji tertunggak berbulan... gila dorg ni anak semua nak disuap jugak...
Quote Moyangkucing 14-11-2024 01:27 AM
Kesian staff yg kena mcm ni. Tak dapat gaji sebulan pun perit, inikan pula sampai 3 bulan... Lapor pejabat buruh jer. Jangan bagi muka kat majikan camni.
Quote Fly_over 14-11-2024 01:46 AM
ac ni mmg nmpk cm kebal gak dr kecaman. org x berapa nk kecam mcm soeb ke. sbb ada title ke?
Quote mrsLucky 14-11-2024 01:47 AM
Edited by mrsLucky at 15-11-2024 09:14 PM

Kaya tapi gaji, kwsp dan socso pekerja tak bayar?

dulu i keje my husband company. Staff lebih 100 orang..

pernah ada clients tak bayar syarikat berbulan bulan, tapi kami tetap bayar gaji staff before 7th.
Kami  jual kete, ambil loan dan hutang family members.

Tak pernah kami tak bayar gaji, Kwsp Socso dan psmb...

I tak pernah gentar bila pejabat buruh tiba2 datang.. begitu juga kastam tiba2 datang office ambil file. Everything is in order...apa nak takut..

Even yang berhenti tanpa notice pon i bayar gaji.
Quote ardent91 14-11-2024 07:10 AM
nak tanyer, saper2 yg ada pengalaman kerja tp gaji tertunggak/x dibayar oleh company sampai berbulan2, camner korg survive yer dalam period x bergaji tu? relied on saving atau terpaksa berhutang dengan kawan2/family member yg lain?
Quote lightheaded67 14-11-2024 07:13 AM
atok gelang
Quote bpbbppbp 14-11-2024 07:31 AM
Report polis dan sprm jugakk. Kot ada unsur2 meragukan
Quote Minami2013 14-11-2024 07:34 AM
Melampau tak bayar gaji. Kalo ac mizal, moga melingkup terus la.
Quote ketambangkang 14-11-2024 07:53 AM
ank sulung dgn tinted further study kat korea eh? hensem bdk tu suara pon bole tahan

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039678 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top