KOTA BHARU – Kos sebanyak RM16 juta diperlukan untuk membaik pulih jalan Persekutuan di Kelantan yang rosak akibat banjir yang melanda sejak Isnin minggu lalu. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, anggaran awal itu melibatkan jalan runtuh, mendap dan bahu jalan rosak. “Bagi jalan negeri pula, kita perlukan kos untuk baik pulih bagi kerosakan yang sama seperti jalan Persekutuan iaitu sebanyak RM6.5 juta. “Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan turut mengesan lapan kejadian tanah runtuh, dua bahu jalan rosak dan dua tanah mendap melibatkan jalan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat mengenai kerosakan jalan akibat banjir di Pejabat JKR Kelantan, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, segala maklumat yang diperoleh akan dilapor segera kepada Kementerian Kewangan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) supaya peruntukan dapat diberikan dengan segera.
Katanya, kerja baik pulih semua kerosakan terbabit perlu juga mengambil kira faktor musim tengkujuh serta beberapa siri gelombang hujan dan banjir. “Ia merupakan antara faktor yang menjadi halangan ketika ini. Bukan kita tidak mahu baiki segera. Jika kerja-kerja baik pulih dilaksanakan awal, ia akan menambah lagi masalah sedia ada apabila banjir kembali melanda, “Jadi, kita perlu tunggu dan lihat dalam masa beberapa minggu sebelum kerja pembaikan dilaksanakan. Jangka masa ‘standard’ untuk kerja baik pulih adalah tiga bulan,” ujarnya. SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
kasibiman replied at 2-12-2024 03:58 PM
Kos baiki utk satu negeri 16 juta je allocation?
Kau bekki apa? Tampal reflector papan tanda jalan ...
Decaffeinated replied at 2-12-2024 10:44 PM
16 juta untuk federal road, but still too low la. Tak taulah kalau Kelantan memang tak banyak jala ...
edayildiz replied at 2-12-2024 04:05 PM
menara apa tu?
mcm xpnh tgk kt kelate
axl_bach replied at 3-12-2024 12:37 AM
Tu bkn menara masjid Kok Lanas ke??
kasibiman replied at 2-12-2024 11:00 PM
cara dia allocate 16 juta utk bekki jalan tu seolah2 saiz kelantan tu sama besar mcm tmn connaught ...
kemaruk replied at 3-12-2024 06:51 AM
kito bley becky... kito bley becky...
Kitty_catz replied at 4-12-2024 02:46 PM
mu dok kenal bare bohhhh
edayildiz replied at 2-12-2024 04:05 PM
menara apa tu?
mcm xpnh tgk kt kelate
kakikuDibibirmu replied at 2-12-2024 11:03 PM
Tak apa kita buleh becky, kita buleh becky, kita buleh becky
sharlenetexas replied at 4-12-2024 11:05 PM
Masjid aisha tu ke? Kuning tu econjaya kok lanas.
ADVERTISEMENT