JAKARTA: Indonesia dijangka menerima komitmen pelaburan AS$1 bilion (RM4.45 bilion) daripada firma teknologi Apple Inc dalam masa seminggu, kata Menteri Pelaburan negara itu hari ini, selepas kerajaan mengharamkan jualan iPhone 16 kerana gagal memenuhi peraturan kandungan tempatan. Indonesia menghentikan penjualan telefon pintar itu kerana produk dijual di negara itu perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 40 peratus bahagian buatan tempatan, yang dikatakan tidak dipatuhi oleh Apple. Indonesia merancang untuk meningkatkan keperluan itu, kata seorang Timbalan Menteri hari ini. Menteri Pelaburan, Rosan Roeslani memberitahu penggubal undang-undang bahawa Indonesia menjangkakan lebih banyak pelaburan jika Apple memutuskan untuk menjadikan negara itu sebahagian daripada rantaian bekalannya. Apple tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan kenyataan.
"Sesiapa yang mendapat manfaat daripada jualan mesti melabur di sini, mencipta pekerjaan di sini. Apa yang penting ialah bagaimana rantaian nilai global bergerak ke sini, kerana apabila ia berlaku, pembekal akan mengikutinya," kata Rosan sambil menambah komitmen pelaburan adalah sebahagian daripada fasa pertama. Apple sebelum ini telah membuat cadangan pelaburan $100 juta (RM455 juta) untuk membina kilang aksesori dan komponen di Indonesia bagi membatalkan larangan itu, tetapi kerajaan menolaknya atas alasan ia tidak memenuhi prinsip keadilan. Apple tidak mempunyai kemudahan pembuatan di Indonesia, sebuah negara yang mempunyai penduduk kira-kira 280 juta orang, tetapi sejak 2018 telah menubuhkan akademi pembangun aplikasi. Indonesia menganggap strategi itu sebagai percubaan untuk memenuhi keperluan kandungan tempatan bagi penjualan model iPhone lama. Syarikat biasanya meningkatkan kandungan tempatan melalui perkongsian domestik atau dengan mendapatkan bahagian dalam negara. Sumber – KOSMO! ONLINE |
nusaraya replied at 4-12-2024 10:53 AM
Ingat ... itu baru berupa "Komitmen atau Janji" dari Apple ... atau dalam istilah PMX disebut seba ...
kemaruk replied at 4-12-2024 11:22 AM
rajin sanvgat korang layan mamat tu
bukannya orang indon pon
SalenaGomez replied at 4-12-2024 11:38 AM
Bam kem, maybe dia batak. Cuba cakap bahasa batak. Kadang saje buat x pandai walaupon mmg x pandai ...
kemaruk replied at 4-12-2024 11:22 AM
rajin sanvgat korang layan mamat tu
bukannya orang indon pon
ADVERTISEMENT