CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduh menuduh disyaki punca penuntut IPTA dipukul bergilir-gilir - Polis

19-12-2024 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8779| Komen: 7



Kuala Terengganu: Tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dipukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul di sebuah kolej kediaman, Ahad lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, mangsa yang berusia 20 tahun itu juga dipercayai di pukul menggunakan kayu.

Beliau berkata, setakat ini, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa.

"Hasil pemeriksaan oleh doktor mengesahkan tiada sebarang kecederaan organ dalaman atau patah tulang dikesan, ia hanya lebam sahaja.

"Mangsa dirawat di wad biasa dan pemantauan ke atas dia (mangsa) masih diteruskan dan keadaan mangsa stabil," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Ketika ditanya sekiranya ada tangkapan lain, Mohd Khairi berkata, setakat ini, hanya 12 penuntut ditahan dan mereka kini direman selama empat hari sehingga Sabtu.


Mohd Khairi turut menasihatkan pelajar di pusat pengajian tinggi atau sekolah untuk tidak melakukan kekerasan jenayah kepada pelajar-pelajar yang lain.

"Jika didapati bersalah, mereka akan dihadapkan ke mahkamah dan pihak universiti akan ambil tindakan juga.

"Polis akan ambil tindakan berlandaskan undang-undang yang ada," katanya.

Media semalam melaporkan polis menahan 12 penuntut sebuah IPTA di negeri ini yang dipercayai terbabit dalam kejadian pukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul di sebuah kolej kediaman, Ahad lalu.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-12-2024 02:14 PM
Yang Suka2 pukul org, Silap2 ke dalam jawabnya.. Yang sekolah\belajar kena buang, yang keje pon kena buang...
Quote Thunderclouds 20-12-2024 06:25 AM
Budak2 sekolah/ipt lgsung tak nengok news ka??
Takan hadap content lagho na semata2.
Quote felinecat 20-12-2024 06:36 AM
Habis la rekod buruk, bukan senang nak cari kerja dh ade rekod..gong sgt
Quote otai_g 20-12-2024 07:21 AM
Apa Kes plk ni? Berebut cikaro ker?
Quote Decaffeinated 20-12-2024 12:52 PM
KUALA LUMPUR: The 12 students from Universiti Malaysia Terengganu (UMT) who assaulted a fellow student are believed to have accused the victim of violating "human norms", according to police.

Terengganu police chief Khairi Khairuddin stated that this is believed to have led to the group taking turns to assault the 20-year-old student, Buletin TV3 reported.

"The cause of the fight might be because they accused the victim of engaging in an activity that violates human norms. I do not want to mention what the accusation is.


Quote ardent91 20-12-2024 10:21 PM
Decaffeinated replied at 20-12-2024 12:52 PM
KUALA LUMPUR: The 12 students from Universiti Malaysia Terengganu (UMT) who assaulted a fellow stude ...

kalo betol student yg kena pukul tu violate human norm pown bukannya hak 12 ekor tu g pukol dak tu..

nak jadi hero sangat pergila cari penjenayah or gengster yg betol2 pastu ketok dorang.. dgan sorang student berani la korang kan


Quote Decaffeinated 21-12-2024 11:44 PM
Luar tabi'e?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.027549 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top