CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menjelang tahun ke-20 selepas tsunami 2004

19-12-2024 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8598| Komen: 11



Aceh: Sempena 20 tahun tragedi tsunami, negara yang dilanda bencana itu akan mengadakan upacara keagamaan dan memperingati 220,000 mangsa yang terkorban di sekitar Lautan Hindi, minggu depan.

Upacara Buddha, Hindu, Kristian dan Islam juga akan diadakan untuk memperingati mangsa di seluruh negara kepulauan Asia Selatan.

Upacara itu akan dijangka diadakan di seluruh Indonesia, Sri Lanka, India dan Thailand, yang menjadi negara-negara paling teruk dilanda bencana dahsyat dalam sejarah moden itu.

Pada 26 Disember 2004, ombak tsunami setinggi 30 meter melanda beberapa kawasan memusnahkan kawasan pantai, memecah belah keluarga serta menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan membunuh pelancong.

Gempa bumi bermagnitud 9.1 di dasar laut menyebabkan keretakan garis terbesar pernah direkodkan, menyebabkan 'ombak gergasi' meluncur ke arah komuniti pantai di sekitar lembangan Lautan Hindi.


Dasar laut terbelah sehingga menolak ombak pada kelajuan dua kali ganda kereta api peluru, melintasi Lautan Hindi dalam beberapa jam tanpa amaran.

Menurut pangkalan data bencana global yang diiktiraf, EM-DAT, 226,408 orang maut akibat tsunami itu.

Di Indonesia, upacara peringatan akan diadakan di Banda Aceh dengan beberapa siri upacara bermula dengan tafakur sebelum 8 pagi waktu tempatan sebagai simbolik memperingati bencana itu yang mengorbankan lebih 160,000 orang.

Hampir 300 orang terbunuh di Somalia, lebih 100 di Maldives, dan puluhan lagi di Malaysia dan Myanmar.

Mangsa terselamat di Aceh, Baharuddin Zainun, 70, berkata, dia kehilangan seluruh keluarga sekelip mata dalam apabila mereka hanyut dalam kejadian itu.

"Anak, isteri, ayah, ibu dan semua adik-beradik saya hanyut.

"Tragedi sama turut dirasai orang lain. Kami merasakan perasaan sama (kehilangan insan tersayang)," katanya.

Pegawai kerajaan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai akan melawat kubur besar di Banda Aceh, di mana hampir 50,000 jenazah dikebumikan, sebelum solat berjemaah di masjid besar kota itu.

Di Sri Lanka, di mana lebih 35,000 orang terbunuh, sebuah kereta api ekspres dibadai ombak gergasi 20 tahun lalu, sudah dibina semula dan dijangka bergerak dari ibu kota Colombo ke tempat sama di Peraliya di mana ia terkeluar dari landasan.

Satu upacara keagamaan ringkas akan diadakan bersama saudara-mara mereka yang maut akibat kejadian yang mengorbankan kira-kira 1,000 penumpang serta penduduk yang menaiki kereta api berkenaan selepas ombak pertama menenggelamkan kawasan rendah di situ.

Di Thailand, yang merekodkan angka rasmi lebih 5,000 terbunuh dengan kira-kira separuh daripadanya pelancong asing dan 3,000 hilang, ratusan orang dijangka menghadiri upacara peringatan kerajaan yang ditetapkan pada 26 Disember ini.


Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-12-2024 02:10 PM
Sekejap je dh 20 thn
Quote insulin 19-12-2024 02:15 PM
Lingkaran Api Pasifik tidak pernah tidur.

Semoga Tuhan merahmati mangsa2 Tsunami 26/12/2004 ni.
Quote Skuau 19-12-2024 02:40 PM
Edited by Skuau at 19-12-2024 02:43 PM

Tuhan.....
berombak lautan
tajam duri di hutan
begitu kuasa-Mu
kepada alam.....
Quote airfilterkotor 19-12-2024 03:10 PM
Gambar tsunami tu... tengah sudut bawah, mayat bertutup kain.
Quote clueless_gamer 21-12-2024 05:14 AM
pulau acheh tu jadi penampan buffer zone penghalang ombak tsunami tu dulu, sama mcm pilipin island yg block kita dari kena super typhoon dari laut belah sana.. negara kita ni betul "terlindung" dari bencana alam..

Alhamdulillah..
Quote gigahertz 24-12-2024 01:28 PM

image hosting online
Kejadian berlaku 20 tahun lepas -  Kejap je rasa
Kejadian berlaku 630 million second yang lepas -  ye ke ?
Quote Decaffeinated 24-12-2024 02:36 PM
clueless_gamer: pulau acheh tu jadi penampan b ...

Kita terlindung at the expense of others? Not sure if I can be happy without guilt.
Quote supernaturalee 24-12-2024 03:17 PM
Skuau replied at 19-12-2024 02:40 PM
Tuhan.....
berombak lautan
tajam duri di hutan

lirik lagu wings



Quote supernaturalee 24-12-2024 03:18 PM
insulin replied at 19-12-2024 02:15 PM
Lingkaran Api Pasifik tidak pernah tidur.

Semoga Tuhan merahmati mangsa2 Tsunami 26/12/2004 ni.

lama tak nampak

Quote kakikuDibibirmu 25-12-2024 12:16 AM
Kickboxing Day tersenyum sinis
Quote nusaraya 25-12-2024 01:13 PM
Edited by nusaraya at 25-12-2024 01:18 PM

jika anda lihat video di bawah ini maka anda akan tahu perilaku dan Etika  "Teruk" Malaysia yang merasa dirinya "Maha Pemurah dan Maha Pengasih" karena membantu korban tsunami di Aceh 20 tahun lalu ....

Itulah "Image" Malaysia yang  ada dan terpaku di benak  rakyat Aceh hingga hari ini ...


[youtube]L1tVwEQj72A[/youtube]  




Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.127101 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top