“Saya akan terus berjuang untuk suami saya.” Itu tekad isteri kepada pelawak Along Cham yang akan didakwa di Mahkamah Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja pagi ini. Afreena yang juga kakitangan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan di sebuah syarikat penerbangan itu turut menegaskan tetap mempercayai suaminya. “Saya tahu suami saya macam mana orangnya. Saya juga harap akan ada berita baik untuk suami dan keluarga kami. “Saya akan kuat dan tahu Along juga seorang yang tabah,” katanya pada siaran langsung Instagram malam tadi. Menerusi hantaran sama, Afreena meminta semua pihak mendoakan urusan berkaitan suaminya itu berjalan lancar. “Saya hargai anda semua. Saya cuma nak kalian tolong doakan suami saya mendapat keadilan seperti yang diharapkan. “Justice For Along (keadilan buat Along),” luahnya dengan nada sebak.
Sebelum itu, dalam hantaran lain Afreena memperincikan kronologi rumah mereka didatangi beberapa anggota polis pada 14 Disember lalu. Terdahulu, pelakon filem Adnan Sempit itu mendapat perintah sambung reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat semalam. Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan seorang selebriti lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes memiliki dadah disyaki ganja yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya. Selebriti berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua paket lutsinar yang setiap satu mengandungi leraian disyaki daun ganja dengan anggaran berat keseluruhan 60.3 gram. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Naib juara Raja Lawak musim dua itu mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada awal April lalu selepas lapan tahun menduda. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
seripahzeripah replied at 20-12-2024 01:11 PM
baran gak eh dia ni..agaknya zila sakdon kat rumah tepuk tangan..
Mary_jane replied at 20-12-2024 01:25 PM
Tu dia kameramen, pulun habis, segala angle dia shot. Alih2 keluar artikel buh gambar ig. Apo? {:1 ...
prince_marhaen replied at 20-12-2024 11:25 AM
kalau kena framed, takde la positif nokkk... tu je..
noorhairiahma replied at 20-12-2024 02:44 PM
Itulah kan.
Kan dah check and POSITIVE.
ADVERTISEMENT