PENAMPILAN pelakon Sharifah Sakinah menerusi drama Curang Tanpa Niat menerima kritikan netizen apabila wajahnya dikatakan kelihatan tua.\ Malah ramai beranggapan imej berkenaan tidak sesuai dengan karakter penyondol yang dibawanya dalam drama berkenaan. Tampil menjelaskan perkara itu, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata dia memegang watak wanita berusia lewat 40-an. Justeru, solekan yang dikenakan lebih tebal berbanding biasa bagi memenuhi tuntutan watak yang diberikan kepadanya. "Saya pelakon berkarakter. Saya bukan penyondol biasa-biasa macam Sophia Albarakbah itu. "Dalam cerita ini, saya berumur 48 tahun. Sebab itu mereka kena buat muka saya nampak tua. Korang faham tak? "Dah kalau karakter saya begitu, memanglah solekan saya pun begitu!" katanya menerusi Instagram pada Isnin. Sakinah mengulas perkara itu bagi menjawab komen seorang pengguna Instagram yang mengecam penampilannya dalam drama berkenaan. Sebagai pelakon, Sakinah memberitahu dia bersedia untuk mengubah imej demi memenuhi kehendak skrip. "Kalau saya jadi Pontianak, saya buatlah gigi saya pula. "Selepas ini umur saya 18 tahun, tengoklah muka saya jadi muda macam mana. Muka saya ini bonus tahu tak?" ujarnya. Menerusi drama bersiri yang ditayangkan sejak 23 Disember lalu, Sakinah memegang watak sebagai Astrid iaitu wanita yang menganggu rumah tangga rakan sekerjanya. Selain Sakinah, drama Curang Tanpa Niat turut dibintangi Shukri Yahaya, Mira Filzah, Fadhlan Hazim dan Zarina Anjoulie.
|
"Saya pelakon berkarakter. Saya bukan penyondol biasa-biasa macam Sophia Albarakbah itu.
monsterwife replied at 31-12-2024 04:12 PM
Pelakon2 lain dah ok dah Tup2 Ada Mira basic
Lemah den...
Shayang replied at 31-12-2024 04:04 PM
Hahahah
Dia ni sesuai penyondol saiko ala2 watak nadine dlm cerita Indo Main Api tu
Aku mula pelik ...
anilanil replied at 31-12-2024 06:44 PM
Ok la kinah dpt watak penyondol. Kang betol2 dpt watak college student acikpor jugak yg rengsa. Beto ...
monsterwife replied at 31-12-2024 04:12 PM
Pelakon2 lain dah ok dah Tup2 Ada Mira basic
Lemah den...
noor2 replied at 1-1-2025 02:02 AM
Perempuan cantik mmg ramai dengki....mmg ramai dengki dgn kecantikan Sofia Albarakbah nampaknya...te ...
ADVERTISEMENT