KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan beragama Islam yang melakukan kekecohan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, disahkan mengalami masalah mental sejak April 2022 dan tidak menerima rawatan sejak setahun lalu. Naqib Masjid At-Taqwa, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir, berkata berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek tidak menerima rawatan sejak Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Katanya, susulan kejadian itu, pihak polis sudah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu di siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. "Justeru, pihak masjid memohon kerjasama orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka yang tidak baik.
"Ketika suspek menceroboh, dia bercakap seorang diri dan seperti dalam keadaan tidak normal hingga berlaku sedikit pergelutan ketika jemaah dan anggota polis hendak menahannya. "Malah, ketika pihak masjid ingin menghalang pergerakan lelaki itu, dia terus membuat kekecohan dan mengganggu jemaah solat Subuh selain turut merosakkan sebuah televisyen sebelum meluru ke hadapan saf dewan solat utama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Terdahulu, tular satu video seorang lelaki bukan Islam disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di TTDI, awal pagi semalam. Kejadian yang dipercayai berlaku sebelum solat Subuh itu tular dalam satu video berdurasi 2.46 menerusi laman media sosial Facebook milik seorang individu sejak tengah hari tadi. Sumber – BH |
Buritan replied at 3-1-2025 09:54 AM
Ape le org sejid pukul mat mereng ni.. tgkp aje udahlaa.. patut tgk dia lain mcm tuu patut halau sia ...
kotakbaju replied at 3-1-2025 10:05 AM
Itu la pasal. Cuba halau elok2 atau pegang bawa keluar ke, sebab tengok macam ada kawan dia juga y ...
karipap_sadin replied at 3-1-2025 10:56 AM
Elehhh..ttiba klua plak kad oku
Decaffeinated replied at 3-1-2025 11:38 AM
Selak jubah sampai nampak aurat macam cerita pak pandir, marah sangat le tu. Mamat mental tu tak a ...
kotakbaju replied at 3-1-2025 11:50 AM
Iols sebagai muslim rasa malu pulak tengok kelaku gitu, seorang muslim pakai sempurna berkopiah be ...
Buritan replied at 3-1-2025 09:54 AM
Ape le org sejid pukul mat mereng ni.. tgkp aje udahlaa.. patut tgk dia lain mcm tuu patut halau sia ...
airfilterkotor replied at 3-1-2025 01:15 PM
Yang tak duduk TTDI tu... jangan dok baca bawangan orang luar berdasarkan video semata.
Kenyataan b ...
ADVERTISEMENT